gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
HIBURAN
Niena Baharun Tepis Dakwaan Dihalang Berlakon - “Berehat Sebab Anak-Anak, Bukan Suami Tak Benarkan”
HIBURAN
"Jangan Tunggu Ada Lagi Zara Yang Lain..." - Bella Astillah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Enggan Ulang Kesilapan Lama, Chacha Maembong Hanya Kongsi Kisah Cinta Bila Tiba Masa Sesuai - “Kalau Tak Jadi Kahwin Nanti…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
22/12/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Enggan Ulang Kesilapan Lama, Chacha Maembong Hanya Kongsi Kisah Cinta Bila Tiba Masa Sesuai - “Kalau Tak Jadi Kahwin Nanti…”
Belajar daripada pengalaman, pelakon Chacha Maembong hanya akan berkongsi mengenai dirinya bakal berkahwin jika sudah mempunyai kepastian.
Menurut Chacha, dia enggan mengulangi kesilapan lama yang terlalu terbuka berkongsi hal peribadi kepada umum.
"Boleh nak kongsi tentang hubungan, tapi kalau tak jadi kahwin nanti saya yang malu sebab pernah terjadi apabila saya terlalu mendedahkan kisah peribadi dulu.
"Saya tak mahu ulang kesilapan lama. Pengajaran yang saya dapat dari perjalanan hidup sebelum ini ialah jangan cerita selagi belum sah nak kahwin.
“Saya pasti akan kongsi bila sudah tiba masa nanti," katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Limbungan: Tragedi Hitam 1975.”
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Emma Maembong tidak kisah dengan gelaran ‘andartu’ memandangkan ramai wanita berkahwin di usia 30-an.
“Di Malaysia bila wanita umur 28 tahun macam saya mulalah dipanggil andartu (anak dara tua). Tapi saya tak pernah fikir soal itu sebab sekarang ramai juga yang berkahwin dalam usia 30-an.
"Cuma ada ketika apabila duduk sendirian terfikir juga fasal kahwin dan anak. Belum ada rezeki lagi saya melangkah ke fasa itu," luahnya.
Topic Berkaitan
#Cinta
#Kekasih
#Artis
#Teman Lelaki
#ChaCha Maembong
#Kisah peribadi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement