HIBURAN
Enggan Lagi Dipanggil 'Umai’, Anak Saudara Siti Nurhaliza Kini Guna Nama Pentas Umairah - “Masa Kecil Dulu Comel La Kan”
Bukan lagi ‘Umai’, kini anak saudara kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu dikenali sebagai Umairah sebagai nama pentasnya dalam industri seni.
Tak sesuai
Menurut penyanyi berusia 14 tahun ini, nama Umai yang digunakan sebelum ini tidak lagi sesuai dengan usianya kini.
“Nama pentas atau komersial saya sekarang adalah Umairah. Sebab masa kecil dulu panggil Umai comel la kan. Tapi bila dah besar ni takkan nak panggil Umai juga.
“Jadi, saya dah berbincang dengan team saya nak tukar nama dan mak Rozi yang bagi idea untuk letak Umairah,” katanya kepada Gempak.
Tukar nama
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi lagu Tak Balik Raya, dia mula menukar namanya kepada Umairah sejak memasuki sekolah menengah.
“Bila saya mula sekolah menengah ini (rasa nak ubah nama Memang orang biasa panggil Umai, tapi rasa lebih best bila panggil Umairah,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Umairah Terhibur Baca Komen Netizen, Ambil Tindakan ‘Block’ Akaun Melampau - “Biasalah Mulut Orang Tak Boleh Nak Tutup”
ARTIKEL BERKAITAN: Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - “Lagu Ini Mudah Melekat”
Must-Watch Video