gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
VIRAL
“Bekas Caesar Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu
BERITA
Tiga Tahun Tak Keluar Rumah, Lelaki Murung Selepas Kematian Ahli Keluarga
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"

Amri Hassan
Amri Hassan
01/07/2025
15:46 MYT
Sponsor Banner
"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"
Konsert ATM Rampas Kuala Lumpur membuktikan kehebatan Akim & The Majistret apabila lebih 5,000 peminat membanjiri Mega Star Arena @ Sungei Wang Plaza untuk menyaksikan persembahan bertenaga mereka yang berlangsung hampir dua jam tanpa henti.
Akim bersama barisan pemuzik hebatnya – Zimi, Freddy, Safwan, Gjie, Afiez dan Fairuz, tampil penuh gaya dalam konsert yang dibahagikan kepada empat segmen.
Sejak ditubuhkan 11 tahun lalu sebagai projek khas, ATM kini menjadi fenomena tersendiri dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Konsert bermula tepat jam 9 malam dengan interlude pembukaan yang disambut jeritan penonton, menandakan betapa dinantikan kehadiran ATM di pentas besar.
Lagu-lagu seperti Terlalu Mudah, Gasoline, Lagu Untuk Laila, Mewangi, Obses dan Potret menggamatkan dewan, sebelum diakhiri dengan lagu ikonik mereka Rampas sebagai penutup yang dinanti-nantikan.
Akim yang ditemui usai konsert meluahkan rasa terharu dan tidak menjangka sambutan luar biasa daripada peminat.
“Kami gemuruh awalnya… tak sangka Mega Star Arena boleh penuh. Alhamdulillah, sokongan ini sangat bermakna buat kami. Energi penonton luar biasa, saya sendiri tak tertampung,” kata Akim yang turut berterima kasih kepada isterinya Stacy yang bertindak sebagai jurulatih vokal.
Menariknya, Akim turut berkongsi bahawa ATM kini sedang merakam dua album baharu sebagai persiapan untuk konsert berskala lebih besar selepas ini.
Konsert anjuran Showtag Entertainment dan Juragan ini turut ditaja oleh jenama pakaian DRUM, makanan dari Pop Meals, minuman tenaga Monster serta disokong oleh radio rasmi Era, Sinar dan Gegar. Astro Gempak pula bertindak sebagai rakan media sosial rasmi.
Fariz Jamaliddin dan Ahmad Fitri dari Juragan, yang bertindak sebagai penganjur bersama, turut berpuas hati dengan kejayaan konsert ini.
“Kita tak jangka sambutan sehebat ini. Mega Star Arena memang besar dan risiko tinggi, tapi ATM berjaya tarik crowd yang luar biasa. Kami bersyukur dan ini beri semangat untuk terus sokong band tempatan,” ujar mereka.
Menurut mereka, ini merupakan konsert kedua di bawah jenama Juragan selepas kejayaan konsert 6ixth Sense pada Februari lalu. Melihat kepada jadual padat industri konsert Ogos dan September, mereka merancang berehat seketika dan kembali dengan kolaborasi baharu tahun hadapan.
“Band Malaysia ada bakat besar. Suara mantap, lagu pun berkualiti. Kenapa nak tunggu band luar saja? Kami nak terus push band tempatan ke depan,” tambah mereka lagi.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Akim Ahmad
#Akim & The Majistret
#Reviu
#ATM
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement