,
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

Firdaus
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.

Akui Sukar Bermadu

Menurut Aisyah, ramai netizen yang bertanyakan soalan berikut menerusi direct message(dm) susulan suaminya berkahwin buat kali kedua.

“Memang susah, Aisyah pun ambil beberapa bulan untuk reset hati betul-betul untuk Allah. Kita dah enam tahun dengan dia berdua, tiba ujian macam ini memang menguji jiwa kita...

“Aisyah dapat mesej ada yang tanya macam mana Aisyah jaga diri bila Alif keluar untuk tugas dia.
“Sebenarnya saya tak gemar nak kongsi benda ini tapi berharap boleh beri manfaat untuk sayang diri sendiri dahulu.
“Bila hati kita terikat kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aisyah mengakui agak sukar untuk bersikap reda dalam menjalani kehidupan bermadu namun sentiasa mimikirkan untuk melakukan sesuatu aktiviti demi mengalihkan perhatiannya daripada perkara berikut.
BERITA TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam Lebih RM1.5 Juta

​BERITA TRENDING: Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam

​BERITA TRENDING: Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

​BERITA TRENDING: Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

“Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan ‘reset’ hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit.
“Memang susah, Aisyah pun ambil beberapa bulan untuk reset hati betul-betul untuk Allah. Kita dah enam tahun dengan dia berdua, tiba ujian macam ini memang menguji jiwa kita.
“Selalunya, Aisyah akan set minda sehari sebelum hari itu. Aisyah akan plan nak buat apa terus. Fokus cari ilmu, tambah solat-solat sunat, zikir, buku, selfcare.
“Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia.
“Gunakan segala nikmat Allah bagi untuk khidmat kepad Allah semula. Minta ampun pada Allah, minta syurga tanpa hisab, minta bahagia di Akhirat bersama para auliya dan boleh melihat wajah Allah kerana hidup ini untuk Allah,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar