,
Berita

Enam Rakyat Malaysia Termasuk Artis Miliki Pil Kuda Dihantar Ke Penjara Narathiwat

Gempak
04/11/2024
12:38 MYT
Keenam-enam rakyat Malaysia yang disyaki memiliki dadah jenis pil kuda dihantar ke Penjara Narathiwat sebelum dibicarakan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
Mahkamah Narathiwat membenarkan penahanan keenam-enam suspek rakyat Malaysia itu sehingga siasatan polis selesai.
Menurut jurucakap Mahkamah Narathiwat. suspek akan menunggu sehingga mahkamah membacakan kes, sebelum boleh memohon untuk ikat jamin dengan jumlah mengikut budi bicara mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

Kata jurucakap berkenaan, dalam tempoh berkenaan. bergantung juga kepada mahkamah untuk memberikan ikat jamin bersyarat seperti tidak membenarkan suspek keluar dari Thailand atau dipasang gelang pengesan luar kawasan.
Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis kelahiran tempatan dari Kelantan ditahan dalam serbuan yang dijalanka oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, sekitar jam 6 pagi, Jumaat.
Hasil pemeriksaan dalam bilik terbabit telah menemukandadah jenis pil kuda dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut.
Semua individu berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun, didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Untuk rekod, tertuduh yang memiliki 6,000 biji pil kuda boleh dipenjara 10 hingga 15 tahun atau didenda sebanyak 200,000 baht.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

gempak
10/11/2024
05:30 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.
Berita

Banduan Islam Di Penjara Narathiwat Dihidang Makanan Halal – Jurucakap

gempak
10/11/2024
04:34 MYT
Layanan terhadap banduan di penjara wilayah Narathiwat tidak seteruk yang digambarkan.
Berita

Ada 30 Banduan Rakyat Malaysia Di Narathiwat

gempak
09/11/2024
21:55 MYT
Terdapat 30 rakyat Malaysia termasuk enam suspek kes dadah yang ditahan baru-baru ini ditempatkan di Penjara Narathiwat, Thailand.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
09/11/2024
02:25 MYT
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Unitar