,
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

Ernalisa
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Pensyarah di salah sebuah kampus swasta dikenali sebagai Dr Tiromsi Sitanggang, 61, itu dinamakan sebagai suspek yang membunuh suaminya, Rusman Maralen Situngkir, 61, di Kota Medan, Sumatera Utara di Indonesia.

BERITA BERKAITAN : Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

BERITA BERKAITAN : Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

BERITA BERKAITAN : Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

Jurucakap polis, Alexander Putra Piliang memaklumkan kejadian itu berlaku di rumah mereka di Kecamatan Medan Helvetia pada 22 Mac lalu.

"Perbuatannya diketahui pihak berkuasa setelah kubur mangsa digali semula untuk siasatan forensik.

Wanita itu pada mulanya berjaya menyembunyikan bukti. Suspek juga mendakwa suaminya meninggal dunia kerana kemalangan," katanya pada Selasa.
Hasil siasatan di lokasi nahas seperti didakwa Tiromsi juga gagal menemui sebarang bukti bagi menyokong keterangannya.
Ketika petugas mahu melakukan pemeriksaan lanjut terhadap mayat suaminya, dia terburu-buru mahu membawanya ke Sidikalang untuk dikebumikan.
"Adik mangsa berasa berat hati kerana dia telah menemui kesan kecederaan fizikal," ujarnya lagi.
Menurutnya, proses penggalian semula kubur mangsa dilakukan setelah keputusan sampel yang didakwa sebagai darah haid anak mereka sepadan dengan darah suaminya.
"Terdapat banyak kesan luka pada tubuhnya termasuk di bahagian kemaluan.
"Hasil autopsi menunjukkan mangsa sememangnya telah didera dengan teruk. "Kami yakin ia dilakukan isterinya dan telah dinamakan sebagai suspek sementara," jelasnya lagi.
Tiromsi bagaimanapun tidak mengaku membunuh suaminya malah sanggup bersumpah atas nama tuhan.

"Saya sangat menyayangi suami saya dari sejak mula berkahwin hingga dia menutup mata," ujarnya sambil menambah dia turut mendapatkan rawatan untuk mangsa yang diserang strok.

Difahamkan, mangsa tidak pernah memberikan nafkah kepadanya malah Tiromsi yang menggalas tanggungjawab untuk menanggung keluarganya.
SUMBER:Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar