,
Hiburan

Empat Mengaku Salah Masak Di Stesen Minyak, Didenda RM500 Seorang

Gempak
21/05/2024
06:42 MYT
"Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula," soal Majistret Nadratun Naiem Zainan di Mahkamah Bentong di sini pada Selasa.

Didenda RM500 Seorang

Beliau berkata sedemikian terhadap seorang peniaga kedai makan iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan), 24; Nur Anis Salleh (pembantu pergigian), 24 dan Nur Azira Azman (ejen hartanah), 23, selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.
Video itu tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat kecaman netizen yang berang dengan tindakan mereka yang memasak di kawasan berisiko seperti stesen minyak.

Nadratun turut mempersoalkan bagaimana timbulnya idea memasak di kawasan terbabit.

Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.
Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 12 Mei lalu kira-kira jam 1.30 pagi di stesen minyak Petron Taman Cendawan dekat Genting Highlands, Bentong, dalam mencapai niat bersama telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak terbabit yang merupakan perubahan gopoh hingga membahayakan keselamatan diri orang lain.
Kesemua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda hingga RM500 atau kedua-duanya.

BERITA TRENDING: Selamba Masak Di Stesen Minyak, Group Kereta Dikritik Warganet - "Level B*doh Dia Tak Boleh Bawa Bincang"

Ketika proses rayuan, kesemua tertuduh memohon denda yang rendah dan masing-masing memberikan alasan masih menanggung kedua ibu bapa, adik beradik serta mengakui kesalahan kali pertama yang dilakukan mereka.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid meminta hukuman setimpal diberikan kepada kesemua tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
"Ini kerana kejadian berkenaan telah menarik perhatian awam dan menimbulkan persepsi dan kontroversi negatif kepada masyarakat," katanya lagi.
Nadratun kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 seorang dan tiga hari penjara jika denda gagal dijelaskan.
Kesemua tertuduh menjelaskan denda masing-masing. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.