,
Filem

Empat Hari Tayangan, OlaBola Kutip RM2.5 Juta

Ahmad Shah
02/02/2016
01:12 MYT

Filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan berjaya meraih meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta selepas empat hari tayangan.

Ditayangkan bermula 28 Januari lalu, OlaBola yang mengisahkan kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada zaman 80an mendapat sokongan dan reaksi positif penonton di pawagam selain menjadi trending di laman Twitter sebanyak enam kali.

Lebih menarik, rata-rata Tweet mengenai OlaBola dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, filem OlaBola merupakan kekuatan kepada semangat dan perpaduan kepada semua lapisan rakyat Malaysia dan mengimbau zaman kegemilangan sukan bola sepak di zaman 80an.

“Filem OlaBola bukan hanya memaparkan sukan bola sepak sahaja, tetapi ia menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia.

“OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu.

"Filem ini telah menerima pujiaan dari sudut kualiti produksi, muzik skor dan sinematografi,” katanya.

OlaBola dibintangi oleh Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar dan ramai lagi. Filem ini diilhamkan oleh persitiwa sebenar sewaktu yang terjadi sebelum kejohanan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.