HIBURAN
Empat Bulan Kumpul Duit, Akhirnya Talita Berjaya Beli Telefon Pertama Hasil Titik Peluh Sendiri
Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, iaitu Dzakira Talita Zahra, mencuri perhatian warganet apabila berjaya membeli telefon pintar pertamanya hasil daripada usaha dan simpanan sendiri.
Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu tirinya, Watie Hanifiah, menerusi satu hantaran video di media sosial.
Difahamkan, Talita telah menabung selama tiga hingga empat bulan untuk mencapai impiannya memiliki telefon sendiri.
“Ada budak happy sesangat harini… Hasil usaha titik peluh sendiri katanya. Mummy & Daddy benarkan ada hp tapi bersyarat lah… Nak pakai internet masih kena req approval dari Mummy.”
Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan tahniah kepada Talita atas pencapaian tersebut dan berharap telefon itu dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan minatnya dalam bidang nyanyian.
“Congrats @Thalita_Shuib! Semoga bermanfaat utk pelajaran & nyanyian u,” tambah Watie dalam hantaran tersebut.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif daripada para pengikut yang memuji sikap Talita yang dianggap suka berdikari.
“Bagus nya walaupun boleh je ayah dia belikan tapi dia ajar ank dia usaha sendiri.
“Gagah juga dia saving 3/4 bulan.bagus dik saving dulu baru beli,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video