,
Berita

“Emir Kenalkan Nur Amirah, Anak Papa…”- Ziarah Kubur Arwah Bapa, Emir Bawa Mira

Syafiqah Jalal
02/10/2020
05:33 MYT
Selepas selamat bernikah pada 3 September lalu, suami Mira Filzah, Wan Emir Astar ‘memperkenalkan’ isterinya kepada arwah bapanya, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika menziarahi pusaranya semalam.
Emir menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, @wanemirastar semalam memuat naik foto ketika menziarahi pusara bapanya bersama seluruh ahli keluarganya.
Menerusi foto tersebut Emir dan Mira kelihatan menitiskan air mata.
Dalam entri yang sama, Emir turut menulis nukilan sayu buat bapanya.
“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah, anak Papa. Wanita yang memilih saya dan saya untuk dia. Saya akan menyayanginya seperti mana Papa sayangkan Ibu dengan penuh tanggungjawab.
“Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. Dan “Turn over a new leaf” adalah kata-kata terakhir Papa kepada Emir.
“Maka izinkanlah Emir dan Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini.
“Terima kasih Papa dan Ibu serta Abah dan Mak (mertua). Kerana doa dan restu kamu semua, kami disini sebagai suami dan isteri, meneruskan hidup demi mencari berkat dan kasih sayang Allah.
“Kami merindui kamu Papa setiap hari. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb,” tulisnya.
Dalam kemas kini terbaharu di IG Emir, memberitahu mereka mengadakan majlis tahlil untuk bapanya di Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Salam Papa ?? yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah.. your daughter Papa ..the one He has chosen for me and of me for her. And I will love her as how Papa loved Ibu, with great responsibility and passion. Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. And “Turn over a new leaf” was one of Papa’s final words to Emir.. maka izinkanlah Emir & Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini. Thank you Papa & Ibu ? Abah & Mak. Because of each one of them, of the parents’ hopes, prayers and blessings, here we are as husband and wife, and to go through life seeking The Almighty Allah’s love and pleasure. We miss you Papa.. Every single day. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu. #ArahManaSyurga #CeritaPapa ?

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.