,
Laman Utama

Emas Chrome Putih Tak Laku? Nanti Dulu…Jangan Tertipu!

Syafiqah Jalal
09/06/2021
11:42 MYT
Baru-baru ini barang kemas yang diperbuat dari emas telah menjadi kegilaan ramai kaum hawa untuk mendapatkannya.
Bukan sahaja menjadi perhiasan, malah emas kini dibeli sebagai pelaburan masa hadapan memandangkan harganya kini semakin tinggi.
Namun, adakah kaum hawa ini benar-benar sudah mengenali jenis-jenis rekaan emas yang ada di pasaran?
Terbaharu seorang pengguna TikTok yang dikenali Diana memperkenalkan dirinya sebagai Public Gold Business Owner telah mendedahkan sesuatu yang berguna dan menarik buat pengumpul atau pelabur emas.
Menurut Diana, emas yang mempunyai chrome putih pada rekaannya sering didakwa mempunyai nilai yang rendah atau tidak laku jika di pajak gadai.
Tegasnya, ia sama sekali tidak benar, malah merupakan strategi sesetengah kedai emas yang mahu membeli emas yang dipajak dengan harga yang murah untuk mengaut keuntungan.
Jelas Diana, chrome adalah kesan cat yang disadur ke atas emas kuning dan nilainya sama sahaja, kecuali jika barang kemas itu mempunyai batu permata yang perlu diasingkan.
@dhieyanaj93
Awas dengan strategi ini! ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas♬ original sound - Diana Bagi mengulas lebih lanjut mengenai chrome atau saduran putih itu, Diana menerusi sebuah video lagi menjelaskan chrome bukan emas putih dan ia sama sekali berbeza.
Menurutnya chrome putih lama kelamaan boleh bertukar menjadi emas kuning manakala emas putih pula sudah melalui proses perlunturan dan harganya jauh lebih rendah jika dijual atau dipajak gadai.
@dhieyanaj93
Chrome bukan emas putih tau.? ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas♬ original sound - Diana
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan

gempak
22/09/2024
18:55 MYT
"Kami terputus bekalan makanan sejak dua hari lalu hingga saya terpaksa pajak telefon bimbit untuk mendapatkan RM80 bagi membeli barang dapur," kata Norazifa Othman, 40.
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Buat Malaysia

gempak
02/09/2024
17:08 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.