,
Hiburan

Eman Manan Tiada Alasan Hadkan Diri Untuk Berlakon, Syukur Diberi Kesihatan Baik – “Setakat Ini Tiada Ubat Yang Perlu Saya Makan”

Khairil Khusyairi
14/08/2024
08:55 MYT
Pelakon legenda Eman Manan memaklumkan tiada keperluan untuk dirinya memperlahankan rentak kerjayanya apatah lagi ketika ketahanan fizikalnya tidak bermasalah.

Tiada Had Berlakon

Menurut Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, 66, dia berkata dia mahu meneruskan bidang yang menjadi lubuk rezeki itu hingga ke akhir nafas.

“Kenapa perlu hadkan bidang ini? Adakah kerja ini kerja terlarang dan melanggar tata sulila? Apabila karya ini tidak melanggar pantang-larang dan adat jadi mengapa tidak?

“Kalau ikutkan kehendak, saya mahu teruskan sehingga ke akhir hayat. Tetapi kita tidak boleh lari dari takdir.

“Bila filem pertama saya berlakon, saya tercuit rasa suka. Bila kita meletakkan ini satu kerjaya, kita akan serius dalam setiap kerja,” katanya kepada pemberita.

Eman ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu, baru-baru ini.

Syukur Masih Sihat

Kongsi Eman lagi, dia bersyukur apabila masih diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan tanpa perlu bergantung kepada sebarang ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupan seharian.
“Soal kesihatan ini semuanya berkaitan dengan takdir. Allah takdirkan saya ini sihat. Dari segi kehidupan pula, saya disiplin (menjaga kesihatan).

“Saya lihat bidang ini perlukan orang yang sihat dari segi fizikal. Alhamdulillah setakat ini tidak ada ubat yang perlu saya makan setiap hari.

“Alhamdulillah, saya makin sihat. Allah kurniakan saya kesihatan dan segar, tiada pantang larang makan sebarangan. Sekarang musim durian, boleh makan durian. Kambing juga saya boleh makan,” kongsinya.
Eman menjayakan watak antagonis utama, Raja Iskandar dalam filem Takluk: Lahad Datu yang mendapat inspirasi daripada kisah benar di Lahad Datu kira-kira 11 tahun lalu.
Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan dari kisah benar turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.
Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Legenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas 10 Tahun Baru Berani Minta Izin Bergambar” – Nam Ron Minat Jadi Pelakon Sebab Eman Manan

ARTIKEL BERKAITAN: "Guna Otaklah Bila Bercakap!" - Nabila Huda 'Sembur' Netizen Gara-Gara Kritik Saiz Badan Eman Manan!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.