HIBURAN
Elyana Kongsi Punca Mula ‘Berkaki Ayam’ Ketika Membuat Persembahan - “Sampai Orang Ingat Saya Macam Artis Bermasalah”
Penyanyi Elyana mendedahkan momen pertama kali dia memilih untuk tidak memakai kasut ketika membuat persembahan di atas pentas.
Banyak masalah
Menurut Elyana, ketika itu dia dikenali sebagai ‘artis bermasalah’ disebabkan kerap melakukan kesalahan sewaktu membuat persembahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Seronok Meniaga Mee Kari, Tak Kisah Penat Janji Puas Hati - “Memang Saya Masak Sendiri…”
ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Elak ‘Oversharing’ Soal Kesihatan - “Jangan Fikir Sakit Nanti Semua Benda Tak Jadi”
“Awalnya, buat persembahan tak pakai kasut ini semasa saya perform di Anugerah Industri Muzik, masa itu lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’.
“Saya ada masalah sikit, kalau pakai kasut tinggi lirik boleh lupa. Lepas itu, kalau rasa gementar sangat angin naik dekat dada sampai kena gerd dan susah bernafas.
“Sampai orang ingat saya macam artis bermasalah. Sebenarnya saya tak ada masalah tapi masalah itu datang,” katanya.
Elyana berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di podcast Borak Selebriti SINAR yang dimuat naik di Tiktok.
Rasa gementar
Berkongsi lebih lanjut, Elyana mula membuka kasutnya selepas berasa gementar untuk membuat persembahan menyanyikan lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’.
“Masa itu saya pakai baju pereka fesyen yang panjang berjela… biasalah pereka fesyen mereka nak kita pakai kasut tinggi supaya baju mereka nampak cantik.
“Masalahnya kita kena buat persembahan. Masa jalan di karpet merah, saya dah pakai. Bila dah duduk, saya kena standby dan waktu itu saya dah bermacam-macam rasa.
“Nervous pula, dengan lama menunggu dekat belakang pentas dengan keadaan gelap. Tiba lirik pertama lagu itu pun saya lupa sebab lagu baru masa itu.
“Masa nama saya dipanggil, saya buka kasut dan terus naik saja pentas. Ingatkan orang tak nampak, naik pentas pula naik ‘syeikh’ nampak pula berkaki ayam,” ujarnya.
Must-Watch Video