,
Berita

“Elok Rejam Je!” - Lelaki Keji Cabul Budak 9 Tahun Di Tandas Surau Serah Diri Kepada Polis

Fiza Kamarudin
23/12/2019
17:06 MYT
Lelaki biadap yang tular kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani, Kedah menyerah diri kepada polis.
Suspek berusia 31 tahun telah datang menyerah diri di Balai Polis Bedong pada jam 3 petang Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritenden Shamsudin Mamat memaklumkan, suspek berjaya ditangkap anggota polis Bedong dan telah di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Sebelum itu polis telah melakukan dua serbuan ke atas rumah suspek di Bedong, bagaimanapun suspek tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak tersebar video viral perlakuannya.
Video perlakuan keji suspek berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani pada 13 Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang ketika itu mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan surau berkenaan.
Suspek bertindak memanggil mangsa ke tandas surau sebelum memeluk dan menyentuh kemaluan mangsa.
Susulan itu, mangsa bertindak memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.
Ekoran itu bapa mangsa meminta bantuan pihak surau untuk memeriksa CCTV di surau terbabit.
Katanya, rakaman CCTV mendapati lelaki bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil dan mencabul mangsa.
Beliau berkata, mangsa meronta dan berjaya melepaskan diri dan suspek kelihatan segera meninggalkan tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Video kejadian yang berdurasi 1.39 minit itu juga tular di media sosial sejak semalam sehingga menimbul kemarahan nitizen yang mengharapkan supaya suspek segera ditangkap.
Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah, mereka berharap agar suspek diberikan hukuman setimpal termasuk rejam sampai mati!
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Bapa Dua Anak Didakwa Raba Punggung Rakan Sekerja

gempak
23/08/2024
07:06 MYT
Tertuduh, Syamsul Syawal Hosnon, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.