,
Hiburan

Elle SMDX Terima Teguran, Perjelas Dakwaan Attitude Berlagak - “Bahagian Yang Disunting Itu Nampak Saya Macam Sombong”

Mya Amri
05/06/2024
12:55 MYT
Anggota kumpulan SMDX, Elle akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap sombong ketika menjawab soalan netizen baru-baru ini.

Ada bahagian video yang disunting

Menurut Elle, video yang tular sebelum ini telah diambil sewaktu sesi langsung yang dilakukan di akaun Instagramnya dan disunting pada bahagian tertentu.
“Perkara ini datang dengan tiba-tiba, ya saya memang salah, saya mohon maaf dan akan melakukan dengan lebih baik lagi.
“Sebenarnya pada ketika itu saya sedang membuat siaran langsung di Instagram dan ada beberapa orang yang tanya berkaitan dengan kecaman pakaian kami.

BERITA TRENDING: Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu”

BERITA TRENDING: Ayda Jebat Sedia Kongsi Ilmu Dengan SMDX - “Beri Peluang, Tapi Harus Sedar Apa Yang Dilakukan Itu Kesilapan”

“Saya sudah jawab panjang lebar, tetapi bahagian yang disunting itu menampakkan saya kelihatan seperti sombong.

“Jadi apabila saya tengok kembali video itu memang kelihatan kurang sopan. Ramai orang yang menegur dan saya terima.
“Saya minta maaf sebenarnya saya memang kurang tahu tentang artis artis di Malaysia,” katanya kepada Gempak

BERITA TRENDING: Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari

BERITA TRENDING: SMDX Mohon Maaf Pada iDolla - “Kami Sangat Menghormati Dolla Sebagai Senior Dalam Industri”

Ambil pengajaran atas apa yang berlaku

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pakaian yang digayakan dalam muzik video, Original Sabahan, ini penjelasan mereka.
“Pakaian kami berkolaborasi dengan pereka fesyen, bagi kami okay sahaja. Tidak tahu isu itu akan menjadi besar.

“Jadi teguran teguran orang kami sudah baca, mungkin di masa akan datang kami harus peka dan buat lebih bagus lagi.

“Bagi pihak Elle dan juga SMDX, kami mohon maaf atas segala kesilapan kami.
“Semoga anda dapat memberi kami peluang, harap kami dapat memperbaiki lagi diri kami masing-masing,” ujar Devey. Terdahulu, nama SMDX menjadi hangat berikutan komposer, Julfekar menegur sikap salah seorang anggotanya iaitu Elle Thong yang dilihat sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab komen netizen.

BERITA TRENDING: Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem, Jangan Bikin Malu Orang Sabah”

Julfekar berkata sikap sebegitu boleh memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai.
Tidak hanya isu tersebut, Elle juga turut mendedahkan dirinya langsung tidak mengenali Dolla yang kini boleh dianggap sebagai group wanita paling popular negara.
Untuk info, kemunculan SMDX (disebut sebagai Sumandax) menerusi lagu Original Sabahan baru-baru ini menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Kumpulan wanita Sabah pertama yang berada di bawah naungan XIOKK Entertainment itu dianggotai oleh Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong.

Saksikan video temu bual penuh bersama SMDX di atas.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.
Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Viral

Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat Lakonan Semula Nak Bagi Faham - “Apabila Awak Sentuh Tentang Islam, Saya Sebagai…”

gempak
06/08/2024
05:26 MYT
Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung sepotong video tular memaparkan kekecohan ketika mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mempermainkan agama.
Berita

Isu Stoking Kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart Dilepas Dan Dibebaskan

gempak
15/07/2024
11:30 MYT
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.