gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Raih 100K Tontonan Dalam 2 Hari, Alpha Jumpa Peminat Tanda Terima Kasih
HIBURAN
Ammar Ahyan Ambil Lesen Kereta, Shahida Imbas Perangai Nakal Waktu Kecil - “Paling Susah Gunting Rambut, Meraung Macam Kena Ganyang”
HIBURAN
James Gunn Nak Cuba Nasi Lemak & Roti Canai, Pilih Keluang Man Jadi Sidekick Superman!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ella Bakal Persembahkan Lagu Negaraku Di Konsert After Race Fest MOTO GP

Umirah Halim
Umirah Halim
01/10/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Ella Bakal Persembahkan Lagu Negaraku Di Konsert After Race Fest MOTO GP
Ratu Rock Malaysia, Ella bakal membuat kemunculan di pentas konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November depan.

Nyanyi lagu negaraku

Lebih menarik lagi, pelantun lagu Sembilu itu juga akan menyanyikan lagu Negaraku sempena acara perlumbaan MOTO GPTM.
Ella berbesar hati diberi peluang untuk mendendangkan lagu kebangsaan itu dan berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan nama-nama besar.

“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGPTM kelak.

“Dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jangan lupa untuk temui saya di AFTER RACE FEST nanti,” ujar Ella.
Sementara itu, Pengarah Urusan HFIVE Entertainment selaku penganjur, Sean Pereira berkata konsert itu sebagai hiburan istimewa buat semua pengunjung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPM.
“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGPTM diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.
“Maka kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGPTM dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” katanya.

BERITA TRENDING: DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’

BERITA TRENDING: “Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha

BERITA TRENDING: Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

BERITA TRENDING: Netizen Anggap Fattah Amin Kurang ‘Effort’ Pujuk

Bermula pada pukul 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, diikuti dengan persembahan bertenaga dari Ratu Rock ELLA.
Segment Lets Rock bersama Smash Mouth. Dan semestinya kemunculan headliner- Macklemore di Segment Solidarity merupakan sebuah kemunculan solidariti yang ditunggu-tunggu.
Tambahan pula penyanyi rap ini baru muncul dengan single terbaru bertajuk HIND’S HALL 2, lagu kolaborasinya bersama rapper Palestin MC Abdul, penulis lirik Amerika- Palestin Amer Zahr dan penyanyi Amerika, Anees Mokhiber. Dapatkan tiket After Race Fest berharga RM550 hanya dengan menggunakan promo code PayLater by GRAB.
Topic Berkaitan
#Ella
#Petronas
#After Race Fest
#moto 3gp
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement