,
Laman Utama

Elizabeth Tan Menangis Berjam-Jam Sebelum Panjat Gunung Kinabalu - "Saya Fikir Mungkin Akan Mati Kat Atas Ni"

Amri Hassan
05/03/2022
14:57 MYT
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan terharu dan berbangga dengan diri sendiri apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Kongsi Lizzy di Instagramnya, sebelum memulakan pendakian dia bergelut dengan mental dan emosi sendiri hingga mengalirkan air mata.
"Mendaki Gunung Kinabalu merupakan perkara paling mencabar yang pernah dilakukan. Tapi ia sangat berbaloi!
"Saya takutkan banyak benda; ketinggian, gelap, bersendirian dan banyak lagi.
"Sebelum saya mendaki saya menangis selama beberapa jam hanya semata-mata memikirkan hal itu. Tapi saya memutuskan untuk berdepan dengan tekanan itu dan membuktikan saya lebih kuat!" buka cerita Lizzy.
Ketika pendakian kata Lizzy, dia hampir berputus asa dan pernah memikirkan soal kematian.
"Banyak kali saya rasa berputus asa dan fikir saya mungkin akan mati di atas ini namun saya paksa diri sendiri untuk mengatasinya.
"Saya rasa kadang-kala saya perlu percaya pada diri sendiri dan walaupun rasa tak mampu, saya perlu lawan dan pasti boleh," tambahnya yakin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.