,
Hiburan

Elizabeth Tan Keguguran - “Saya Alami Pendarahan, Doktor Memaklumkan Bayi Sudah Tiada…”

Mya Amri
17/04/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mendedahkan dirinya telah mengalami keguguran pada Februari lalu.
Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata dia mengalami keguguran ketika kandungannya berusia sekitar enam sehingga tujuh minggu.
“Sebenarnya saya mengalami keguguran pada dua bulan lalu, jadi sekarang saya masih mencuba. Saya mengalami pendarahan dan kemudiannya saya bertemu dengan doktor, dan doktor memaklumkan bayi saya sudah tiada. Doktor tolong cucikan dan sebagainya.
“Saya rasa saya agak okay berhadapan dengan situasi itu tapi baru-baru ini saya mendapati saya belum boleh melupakan.
“Saya tak tahu berapa lama lagi saya perlu menunggu untuk dikurniakan anak lagi,” katanya.
Lizzy berkongsi berita duka itu ketika ditanya mengenai perancangan anak selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga pada majlis tayangan filem Sheriff: Narko Intergriti bertempat di GSC Mid Valley Megamall pada Selasa.
Tambah Lizzy lagi, keguguran itu sedikit sebanyak memberikan kesan padanya apatah lagi dia dan suaminya sudah mencuba selama sekitar lima bulan.
“Saya rasa ia juga memberikan kepada semua orang, sebab ia adalah satu kehilangan. Saya pun sudah umumkan kepada keluarga dan kawan rapat saya, tapi saya gugur pula. Jadi ia menyedihkan tapi saya tidak berputus asa.
“Jujurnya ketika saya melihat saya positif hamil, saya rasakan ia suatu yang benar, hidup saya akan berubah.
“Tapi tiba-tiba tak jadi, saya perlu mengubah kehidupan saya pula. Kalau saya cakap banyak mengenai hal ini saya akan menangis pula,” ujarnya.
Terdahulu, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.
Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal muncul dengan filem arahan Syafiq Yusuf iaitu Sheriff: Narko Integriti.
Selain Lizzy, antara pelakon hebat yang membintangi Sheriff adalah Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.
Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Kutipan Sangat Memberangsangkan, Sheriff Bakal Kembali

gempak
30/08/2024
00:55 MYT
Dengan kutipan yang sangat memberangsangkan, filem Sheriff: Narko Intergriti mungkin akan kembali menemui peminat filem aksi pada tahun hadapan.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Hiburan

Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."

gempak
15/08/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen mendakwa dia mengalami keguguran kerana memaklumkan berita kehamilan terlalu awal.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.