HIBURAN
Elfira Loy Paling Takut Dengan Penyakit Ain, Pernah Terkena Sehingga Ganggu Hubungan Dengan Suami - “Sebab Itu Apa Yang…”
Pelakon Elfira Loy mengakui dia paling takut dengan penyakit ain yang datang disebabkan perasaan cemburu seseorang.
Letak kepercayaan
Pelakon Elfira Loy mengakui dia paling takut dengan penyakit ain yang datang disebabkan perasaan cemburu seseorang.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Jadi Puteri Bunian, Sebulan Elfira Loy Sengsara Gara-Gara Diganggu Makhluk Halus - “Saya Mula Rasa Resah, Panas…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Mereka Buatkan Saya Meremang!" - Elfira Loy Terbang Ke Qatar, Timba Ilmu Angkat Martabat Wanita Muslim
Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira memberitahu dia pada mulanya tidak percaya dengan kewujudan penyakit itu kerana meletakkan segala kepercayaan kepada kuasa Allah.
“Macam cemburu yang sangat mendalam, you akan sakit. Macam dulu, saya tak percaya… saya macam kenapa kita nak percaya pada penyakit ain.
“Bukan tak percaya tapi macam kalau percaya tu macam lima persen pada ain, 10 persen lagi tinggi saya percaya kuasa Allah. Saya tahu Allah ada untuk lindungi kita,” kongsinya.
Ganggu hubungan
Malah, Elfira turut mendedahkan dia pernah terkena dengan penyakit ain yang membuatkan dirinya menjadi lemah selain mengganggu hubungannya dengan suami.
“Sebab bukan kita ada niat jahat pun. Tapi sebenarnya tanpa kita buat apa-apa, tapi kalau ada seseorang tu ada rasa cemburu yang sangat pada kita, kita boleh kena penyakit ain.
“Saya pernah kena penyakit ain. Saya jadi malas, jadi lemah, marah, nanti hubungan dengan suami tak best. Nasib baik saya selalu sakit, saya akan jumpa orang yang betul,” ujarnya.
Elak penyakit ain
Pada perkongsian yang sama, Elfira berkata dia mengambil langkah untuk tidak berkongsi cerita berlebihan di laman sosial untuk mengelak penyakit itu.
“Kita nak tahu orang buat kita pun tak tahu siapa. Macam saya elak cerita yang berlebihan. Ataupun macam apa yang kita buat, kita balikkan benda ini semua Allah yang bagilah.
“Sebab itu apa yang saya kongsi di sosial media ini orang rasa semuanya tapi tak semuanya yang berlaku,” katanya.
@sembangseram risau plak aih, semoga kita dijauhkan dari sifat hasad dengki semua #Sembangseram #ElfiraLoy #Kisahseram #Ceritaseram #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Kisahhantu ♬ original sound - sembangseram
Must-Watch Video