,
Laman Utama

Elak Majikan Buang Pekerja, Moratorium Dicadangkan Semula Oleh...

Hanafis Haris
23/01/2021
06:20 MYT

Pembayaran moratorium pinjaman secara automatik bagi tempoh enam bulan kembali menjadi topik ‘hangat’ apabila sekumpulan 25 Ahli Parlimen pembangkang hari ini tampil membuat cadangan.

Difahamkan, cadangan itu susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Menurut kenyataan bersama yang ditandatangani 25 Ahli Parlimen itu, inisiatif enam bulan moratorium pinjaman secara automatik akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi.

"Dengan cara itu individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mempunyai lebihan tunai yang dapat membantu meningkatkan pendapatan semua jenis perniagaan.

“Ia juga penting untuk menggalakkan mereka mengekalkan pekerja sepanjang menghadapi pandemik ini," menurut kenyataan itu.

Menurut mereka lagi, industri PKS atau mereka yang tidak terkesan boleh meneruskan pembayaran pinjaman seperti biasa.

"Subsidi upah bagi enam bulan menggalakkan majikan tidak membuang pekerja.

“Selain itu ia turut membantu mereka bertahan sehingga pertengahan tahun akibat penyusutan jualan dan aliran tunai," menurut kenyataan itu.

Antara Ahli Parlimen pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bersama itu adalah Darell Leiking (Penampang); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar); Hannah Yeoh (Segambut); Yeo Bee Yin (Bakri); Baru Bian (Selangau); Datuk Rozman Isli (Labuan); dan Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai).

Sumber: BERNAMA

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

Bulan Menabung SSPN Dah Tiba, Jom Ketahui Cara Menyimpan Duit Untuk Anak-Anak Dengan Lebih Mudah!

gempak
24/10/2023
06:15 MYT
Simpan duit untuk masa depan anak-anak.
Laman Utama

Apa Perlu Buat Kalau Duit Kertas Lunyai Kena Makan Anai-Anai?

gempak
26/07/2023
03:45 MYT
Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg