,
Berita

“Elak Dapatkan Nasihat, Letak Harapan Kepada Bomoh” – Menteri Agama

Gempak
27/07/2024
21:55 MYT
Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT.

Bomoh

"Kita mahu lahirkan masyarakat Madani dan umat Islam yang meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada ALLAH SWT...ALLAH sahajalah tempat kita mengadu nasib apabila menghadapi kesusahan.
"Elakkan diri daripada mendapat nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh sebab kalau silap langkah, ia akan melibatkan soal akidah dan dibimbangi termasuk dalam golongan yang melakukan perbuatan syirik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil

​ARTIKEL BERKAITAN: "Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara
ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dibuli dan didera tujuh tahun lepas, meluahkan rasa kesal terhadap bomoh didakwa menjadi punca kepada kes itu.
Dalam kejadian itu, nama Allahyarham dilapor telah disebut seorang bomoh kononnya terlibat dalam kes kehilangan komputer riba milik salah seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyebabkan mangsa dipukul beramai-ramai.
Selasa lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Berita

Netizen Serabut Raja Bomoh Sibuk Nak Tolong Cari Mangsa Tanah Jerlus - “No Thanks, Jangan Nak Buat Benda Bukan-Bukan”

gempak
29/08/2024
07:33 MYT
Kehadiran Raja Bomoh di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, pada Khamis menjadi tumpuan netizen.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Viral

Seramnya! Bomoh Tawar Khidmat Rawatan Kembalikan Kekasih Hati Dalam Talian, Reaksi Netizen - “Tok Nak Billie Eilish..”

gempak
02/08/2024
05:25 MYT
Satu perkongsian memaparkan dua keping gambar individu yang didakwa telah menjalankan rawatan kembalikan kekasih menerusi bantuan seorang bomoh mendapat perhatian warganet.