,
Laman Utama

Eksklusif Di Roda Panas, Achey 'Rempit' Dengan Yamaha RXZ & Kisah Lamborghini Huracan Tinie

Maliah Surip
12/04/2021
01:20 MYT
Buat julung kalinya, sebuah program infotainment berbentuk majalah, Roda Panas diterbitkan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Roda Panas mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.
Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Julung kali diterbitkan, program Roda Panas musim pertama bakal dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’ Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu.
Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berbesar hati memperkenalkan Roda Panas yang akan memulakan siaran hari ini (19/4/2021).
"Kami dengan berbesar hati membawakan program automotif Roda Panas sebagai platform utama dalam menyalurkan informasi semasa mengenai teknologi kenderaan berkuasa besar, teknik penjagaan, perkembangan trend terkini yang berkaitan dengan sektor automotif serta tips bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan jalan raya.
"Walaupun kupasan topik tersebut mungkin agak berat untuk sebilangan penonton, namun corak penyampaian secara santai Remy Ishak selaku hos pasti membuatkan penonton suka dan terhibur, pada masa informasi sampai kepada mereka. Itu yang lebih mustahak," katanya.
Menurutnya lagi, keistimewaan dan keunikkan program ini juga terletak pada perkongsian eksklusif oleh barisan tetamu jemputan yang akan berkongsi secara mendalam mengenai hobi, minat dan koleksi kenderaan peribadi masing-masing.
Program Roda Panas akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April 2021 secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Berikut Trivia Roda Panas
1. Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Awie, Dato’ Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok. Manakala personaliti dan usahawan berpengaruh yang turut diundang termasuklah Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.
2. Antara koleksi kenderaan peribadi pilihan tetamu jemputan yang akan ditampilkan menerusi musim pertama ‘Roda Panas’ termasuklah Dato’ AC Mizal (Porche Carrera 996 911 4S), Dato’ Awie (Harley Davidson Rod Glide CVO), Dato’ Rosyam Nor (BMW E36 & Satria Neo R3 Lotus Racing), Pekin Ibrahim (Volkswagen Golf R32 MK5), Black Hanifah (Caravan), Achey & Beto Kusyairy (Yamaha RXZ & Ducati 1198), Wak Doyok (Ford Mustang 5.0L V8), Amirul Rejab (Nissan Skyline GTR R34), Tinie Sulaiman (Nissan GTR R35 & Lamborghini Huracan) dan Nabil Rahizad (Toyota Vellfire Modellista & Evo 8).
3. Keseluruhan penggambaran program ‘Roda Panas’ musim pertama mengambil masa selama 10 hari untuk diselesaikan serta turut dijalankan secara berterusan atau ‘back to back’.
4. Aktor Pekin Ibrahim telah memilih kereta peribadi pilihannya untuk dikongsikan bersama para penonton menerusi program ini. Penggambaran untuk episod tersebut telah dijalankan di sebuah litar kereta lumba. Namun pemilihan jenis kereta tersebut rupanya kurang sesuai dengan keadaan lokasi litar lalu menyebabkan ‘coolant’ kereta tersebut pecah.
5. Pelawak Achey telah menunda sendiri motosikal kesayangannya untuk dibawa ke lokasi penggambaran yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang. Beliau turut berkongsi tips penjagaan yang diamalkan bagi memastikan motosikal tersebut sentiasa kekal dalam keadaan baik dan ‘tip top’.
6. Hos program Remy Ishak turut menunggang sendiri motosikal berkuasa besar ke setiap lokasi penggambaran yang menampilkan Dato’ Awie selaku tetamu jemputan.
7. Satu-satunya tetamu jemputan wanita yang diundang untuk musim pertama, pengasas kosmetik Tinie Sulaiman telah memilih koleksi kereta mewah peribadi yang dimilikinya iaitu untuk ditampilkan dalam program ini. Kedua-dua kereta tersebut telah ‘didatangkan’ khas dari Kelantan ke lokasi penggambaran yang bertempat di Kuala Lumpur.
8. Pelakon Beto Kusyairy turut membuat permintaan untuk menunggang motosikal kepunyaan Achey kerana ia dapat mengimbau nostalgia pada zaman mudanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Hiburan

Wak Doyok Derita Kena Santau Angin - “Bila Waktu Maghrib, Saya Batuk Teruk”

gempak
14/08/2024
13:55 MYT
Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, 45, kini dalam proses pemulihan akibat gangguan sihir.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.