,
Hiburan

EKSKLUSIF! Astro Shaw Dedah Gambar Pertama Filem The Expert

Amri Hassan
26/01/2024
06:50 MYT
Secara eksklusif, Astro Shaw dengan bangganya berkongsi gambar pertama dari filem tempatan yang dinanti-nantikan, ‘The Experts’.
Menjadi salah satu naskhah heist level baru untuk 2024, filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray.

Filem The Expert

Filem ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah. Manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.

BERITA TRENDING: Masa Bersama Merapatkan Kita... Ini Rupanya ‘Kolaborasi Rahsia’ Syafiq Kyle & Mimi Lana!

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu.
Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?

BERITA TRENDING: [VIDEO] Isteri Aaron Aziz Kongsi Resepi Kuetiau Goreng Yang Syamsul Yusof Makan Sampai Tambah…

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem berkonsepkan heist seperti ‘The Experts’ jarang dihasilkan di negara kita.

"Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan kualiti dan penceritaan yang menghiburkan. Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama. Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa."

The Expert dibintangi oleh Aaron Aziz sebagai Farid, Syafiq Kyle (Keyrol), Mimi Lana (Emma,) Remy Ishak (Amer), Ray Dap Dap (Lan), Hasnul Rahmat (Johar), Wan Hanafi Su (Jaafar), Tony Yusof (Bashir), Maya Karin (Miranda), Douglas Lim (Ah Teck) dan Jay Iswazir (Glasses).
Nantikan kemunculan filem aksi ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air.
Ikuti perkembangan filem ini di media sosial Instagram, X, TikTok, dan Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak.

PILIHAN PEMBACA: #GTheUntoldStory: Tuah Alam Dibanjiri Tawaran, Remy Ishak Tidak Tolak Kerana Rezeki Pernah…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.