,
Laman Utama

Eina Azman Rai Hari Lahir ‘Bibik’, Bawa Tonton Filem KKN Di Desa Penari - “Hope Kamu Happy..”

Azwa Rahman
23/05/2022
03:59 MYT
Pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai apabila meluangkan masa keluar membawa semua pembantu rumahnya menonton filem seram tular, KKN Di Desa Penari di pawagam.
Aktiviti itu dilakukan bersempena ulang tahun kelahiran seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bikna yang ke-38.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, memuat naik momen tersebut dalam bentuk rakaman video untuk tatapan video.
Dalam hantaran tersebut, Eina meluahkan ucapan penghargaan dan selamat hari lahir buat pembantu rumah berasal Aceh itu yang banyak membantu dirinya menguruskan kerja-kerja rumah.
“Happy birthday to my Bikna yang ke 38 tahun, semoga panjang umur dan sentiasa happy. Terima kasih sebab banyak tolong ringankan kerja saya di rumah, saya hargai sangat.
“Hope kamu happy dengan segala aktiviti kita nonton movie ‘KKN Desa Penari’, makan non stop dan hadiah kecil saya untuk kamu. Saya sayang kamu semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Istimewanya lagi, Eina turut menghadiahkan seutas rantai tangan emas yang dipakaikan di tangan kanan Bikna selepas memotong kek hari lahir.
Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan kata-kata positif daripada wargamaya yang memuji Eina selaku majikan yang baik.
Tidak kurang juga ramai yang mrngusik mahu memohon pekerjaan sebagai pembantu di rumah Eina.
“Allah murah rezeki datin. Saya pun tak merasa pakai Apple watch,” komen seorang wargamaya.
“Aloo so sweet. Bertuah betul dapat ladyboss baik dan sweet macam ni,” puji seorang wargamaya.
“Baiknya datin ni. Sesetengah orang tak mau buatkan pembantu rumahnya begitu. Mulia hati datin, mudah mudahan dimurahkan pintu rezeki,” doa seorang wargamaya.
“Tanpa saya sedar, tengok video ni sambil tersenyum sendiri. Rasa dia punya happy tu,” kata seorang wargamaya.
“Bestnya! First time tengok maid yang dijaga oleh majikan serapi ini. Baju cantik, kemas,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Eina bergelar isteri kepada usahawan, Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata kembar diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”

gempak
28/09/2023
01:55 MYT
Wah banyaknya!
Laman Utama

[VIDEO] “Just Nak Wish Macam Biasa, I Love You”- Eina Azman Mohon Suami Jangan Buat Lagi, Tak Sanggup Lalui Fasa Overthinking

gempak
23/03/2023
23:55 MYT
Eina kata Sayang please jangan buat lagi.
Laman Utama

"No...You Don't Even Wish Me!" - Rupanya Eina Azman Merajuk Sebab Suami Tak Sambut Birthday Tapi Ada Yang Tuduh Marketing?

gempak
18/03/2023
07:41 MYT
Ada pula kata marketing?
Laman Utama

Selepas Menangis Beri Bayangan Seperti Tak Dihargai, Terkini Eina Azman Akui 'Down' - "Life Must Go On..."

gempak
16/03/2023
01:49 MYT
Eina Azman Rasa Tak Dihargai?
Laman Utama

Nazar Untuk Suami Baik Dari Covid-19, Eina Azman Bawa Ke Umrah Buat Kali Ke-2

gempak
29/10/2022
02:41 MYT
Eina Azman Bawa Suami Ke Umrah Buat Kali Ke-2