,
Hollywood

Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

Maliah Surip
11/06/2024
13:34 MYT
Kisah penyanyi terkenal dunia, Ed Sheeran tidak memiliki telefon bimbit bukan satu berita baharu.
Pelantun Shape of You tersebut pernah memberitahu dirinya tidak menggunakan telefon bimbit sejak beberapa tahun lalu.
Sewaktu muncul sebagai tetamu di podcast Therapuss with Jake Shane, Sheeran sekali lagi bercakap mengenai keputusan tidak memiliki telefon bimbit.

BERITA TRENDING: Pentas Berpusing, Opening Calum Scott, Ini Momen-Momen Indah Konsert Jelajah Asia Ed Sheeran Di KL!

BERITA TRENDING: Ed Sheeran Played Badminton, Visited Indian Barber, Tried Yee Sang During KL Stop

BERITA TRENDING: Menang Saman, Ed Sheeran Tak Jadi Berhenti Menyanyi & Rilis Album Baru

BERITA TRENDING: Ed Sheeran Kata Bodoh Kalau Ciplak, Pemerhati Muzik Dakwa Lagu Thinking Out Loud Terlalu Sama

BERITA TRENDING: Dapat Anak Perempuan Lagi, Ed Sheeran Umum Kelahiran Bayi Keduanya

Menurut Sheeran, dia tidak lagi menggunakan telefon bimbit sejak tahun 2015 atau sekitar 10 tahun lalu. Lantaran itu dia tidak boleh bertukar nombor telefin dengan Shane atau sesiapa sahaja.
Dan ini alasan mengapa Sheeran tidak memiliki telefon bimbit.
“Saya fikir jika boleh dihubungi menerusi telefon, setiap orang akan berharap saya menjawab atau membalas pesanan.
“Dan jika saya tidak lakukan, saya nampak biadab.
“Padahal ada masanya saya tidak bersama telefon atau sibuk dengan hal lain,” ujar Sheeran seperti dilaporkan Independent.uk.
Malah Sheeran juga mengatakan menjauhi telefon kerana tidak mahu terjebak dengan perbualan yang panjang.
“Bila ada seseorang menghantar pesanan, saya balas dan kemudian dibalas juga. Tahu-tahu sudah ada 40 perbualan saat itu,” katanya lagi.
Untuk memudahkan interaksi dan komunikasi sewaktu bekerja, Sheeran memberitahu dia memilih menggunakan iPad.
Sebarang bentuk komunikasi pula dilakukan secara emel dan hanya akan menjawabnya pada setiap hujung minggu.
“Saya hanya akan membalas emel pada Khamis atau Jumaat, biasanya di dalam kereta. Waktu saya akan balas, hantar (emel) atau semua yang berkaitan.
“Cara ini membuat saya dapat ringkaskan semuanya. Dan saya lebih senang bertemu daripada berbual di telefon,” akuinya lagi.

BERITA TRENDING: Ed Sheeran Kembali Bekerjasama Dengan BTS!

BERITA TRENDING: 7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

BERITA TRENDING: Banduan Dapat 8A SPM, Tiada Telefon Atau Rujukan Ulangkaji - "Setiap Malam Bertahajjud, Solat Hajat & Berdoa"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.