,
Laman Utama

Ebit Lew, Meerqeen Antara Calon Di ABPBH-34

Fiza Kamarudin
11/09/2021
03:41 MYT
Pendakwah bebas Ebit Lew dan pendatang baru Meerqeen antara yang tercalon dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi-34.
Kedua-dua mereka masing-masing tersenarai dalam kategori online (Youtuber Popular) dan kategori utama (Artis Baharu Lelaki Popular).
Menerusi kategori Youtuber Popular Ebit disaingi Azfar Heri, Baby Shima, Alyssa Dezek, Che Nom, ASA Production, Syami Syazli dan 13 lagi calon lain.
Sementara itu Meerqeen pula bersaing dengan 19 calon lain seperti Asif Suhaimi, Zac, Zaky, Yo Parey Nabil Aqil, Syahmi Sazli, Zaki Yamani dan Yamani Abdullah.
Meerqeen turut tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular bersama Atu, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Seri Eizlan Yusoff, Faizal Hussein, Fattah Amin, Namron, Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle dan 10 selebriti lagi.
Antara kategori utama dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi.
Undian untuk kategori online, Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular hanya akan dibuka, bulan depan.
ABPBH kali ini mengangkat tema #KITABERSAMA dan sekali lagi menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Undian pusingan awal ABPBH 34 menyaksikan artis bersaing dalam 14 kategori utama dan enam kategori online melalui www.abpbh.com.my, dilancarkan pada Jumaat.
Selain mengiktiraf bakat dan populariti artis, ABPBH 34 mahu memberi penghargaan kepada petugas belakang tabir industri hiburan termasuk kru produksi, kumpulan teknikal, pengurusan dan sokongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sektor kreatif.
Penghargaan juga diberi kepada kumpulan penggerak penting dalam proses penerbitan kandungan untuk penonton di rumah pada era pandemik COVID-19.
Malam kemuncak ABPBH 34 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton termasuk YouTube TV3 dan BH serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada 13 November depan.
Malam kemuncak ini akan dikendalikan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan MKN dan KKM.
Sebarang pengumuman membabitkan promosi, tajaan dan malam kemuncak akan dikongsi dari masa ke semasa.
Undian pusingan pertama bermula 10 September hingga 3 Oktober di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama telefon pintar nombor satu dunia, Xiaomi.
Pada edisi ke-33, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli diangkat Bintang Paling Popular serta merangkul trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular bagi single Lembah Kesepian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.
Hiburan

Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”

gempak
10/09/2024
08:25 MYT
Meerqeen tidak cepat melatah apabila ada yang mengkritik percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama dari seberang berjudul Modus Operandi.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.