,
Laman Utama

Dulu Prof Kini 'Abang', Ernie Kahwin DDNK Bukan Sebab Duit - "Banyak Kali Tolak Pun Dia Tak Putus Asa Cuba"

Amri Hassan
12/09/2022
03:57 MYT
"Mula-mula dia tak suka saya, mungkin sebab saya ni tua," demikian kata-kata Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, yang baru menamatkan zaman dudanya hujung minggu lalu.
Berbeza jarak usia 22 tahun tidak menghalang cinta bersama isterinya yang kini masih menuntut di sebuah kolej swasta dalam jurusan Human Capital, Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari, 25.
"Kami berkenalan ketika saya membuat ceramah di sebuah universiti. Asalnya mengajar saham, lama-lama bila kenal, kami berjumpa dengan keluarga masing-masing.
"Kami serius mulai Februari lalu dan bulan September ini genap setahun usia perkenalan kami.
"Kami kenal kawan atas kawan dan mula-mula dulu dia panggil saya prof. Susah sangat nak dekati dia tapi lama kelamaan Alhamdulillah dia terbuka hati untuk menerima saya.
"Maklumlah, usia kami pun beza 22 tahun, bagi saya ini adalah 'love at the first sight' tapi tak tahulah dia...," katanya yang menduda sejak setahun lalu.
Nazri Khan atau mesra disapa dengan DDNK popular menerusi tagline 'Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya' itu telah melangsungkan pernikahan dengan Ernie pada 9 September lalu dan resepsi bertemakan Beauty and the Beast diadakan sehari kemudian.
DDNK menyifatkan Ernie sebagai wanita yang manja, periang dan mendengar cakap, sekali gus menjadikan satu eskapisme dirinya yang selama ini bergelumang dalam dunia korporat.
Sementara itu, kata Ernie, dia menerima DDNK bukan atas dasar status dan taraf sosialnya sebagai individu berpengaruh.
"Lucunya, masa mula-mula kenal saya memang tak tahu dia siapa. Dia tak mengaku pun dia DDNK, sampailah saya mulai cari di Internet siapa dirinya sebenar.
"Orang akan cakap saya dekat dengan dia sebab dia sudah stabil, tapi tak, bukan sebab dia popular, bukan sebab tagline dia. Tapi kerana dia tak berputus asa sampai sanggup berjumpa dengan orang tua saya dan pandai ambil hati saya.
"Saya tolak dia pun tak putus asa, jadi lama-kelamaan saya terima dia. Tipikal komen netizen, kata saya pilih sebab duit, saya dah sedia... Sebenarnya sejak mula berkawan lagi pun dah ada orang bercakap-cakap.
"Orang kata saya mata duitan, nak yang dah semua siap. Tapi lama-kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami tapi paling penting rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya," ujarnya.
Dalam pada itu, DDNK mahu Ernie menjadi usahawan wanita dan akan membantu isterinya mengusahakan bisnes selepas tamat pengajian tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar