,
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

Khairil Khusyairi
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.

Bakat Tak Dipandang, Fizikal Dihina

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini bersyukur akhirnya dia dapat membuktikan kepada semua apabila berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

“Ia mengingatkan saya 13 tahun yang lalu dimana orang tak terima langsung bakat saya sebab saya tak cantik, badan saya gemuk.

“Tapi saya cakap pada diri saya, sebenarnya rezeki ini milik Allah. Tak kisah apa yang orang cakap pada saya tapi saya dah buat yang terbaik.

“Alhamdulillah orang buka mata,” kongsinya kepada Gempak.

Bijak Atur Langkah Kehadapan

Enggan lagi memandang ke belakang, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu mahu terus bergerak kehadapan dan berusaha melakukan yang terbaik.

“Orang cakap, nak menjadi anak seni itu bukan mudah. Saya banyak lalui benda-benda susah.

“Saya pernah ditipu dan banyak cerita-cerita sedih yang saya lalui.

“Saya tak mahu pandang belakang lagi, terus ke hadapan,” tutupnya.

Terdahulu, Nadeera tidak mampu menahan sebak apabila berjaya melangkah ke pentas AJL39 dengan lagu nyanyiannya Bukan Lagi Kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Cover Lagu 'Persis Mutiara', Ada Sebab Nadeera Kongsi Di YouTube Sahaja - "Saya Hanya..."

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini Pernah Give Up, Netizen Hina muka Macam… | GMW Highlights

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Tak Pernah Gaduhlah” - Ernie Zakri Okay Dengan Nadeera Zaini, Hormati Antara Satu Sama Lain

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Tak Salahkan Nadeera - “Kami Tiada Isu, Dia Mohon Maaf Begitu Juga Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar