,
Hiburan

Dulu Hamil Berat Naik 30 Kg, Sekarang Baru 13 Kg - Lisa Surihani

Syafiqah Jalal
28/02/2017
04:46 MYT
Pelakon Lisa Surihani akui tubuhnya ketika hamil anak kedua berbeza daripada kehamilan pertama.
Lisa Surihani yang kini hamil tujuh bulan berkata jika dahulu berat badannya naik sehingga 30 kilogram (kg), tetapi kini di trimester ketiga dia hanya naik 13 kg.
"Ketika saya hamil yang pertama dahulu, berat saya cecah sehingga 30kg, sekarang setelah tujuh bulan hamil berata saya baru naik 13kg.
"Tapi saya tidak tahulah bagaimana nanti bila di akhir kehamilan, mungkin boleh naik banyak lagi. Saya pun tak pasti.
"Namun apa yang pasti kehamilan kali ini, saya lebih aktif berbanding dahulu," katanya kepada Astro Gempak
Tambah Lisa, untuk kehamilan kali ini dia mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan aktiviti harian.
"Kalau hendak berkata tentang tips kehamilan tu susah sedikitlah kerana setiap wanita lalui perubahan hormon yang berbeza-beza.
"Tetapi bagi saya, apa yang penting adalah penjagaan pemakanan. Bila hamil kita akan mengidam pelbagai makanan.
"Boleh makan sahaja apa yang kamu mahu tetapi ambillah dalam kuantiti sedikit dan jangan berlebihan dalam apa sahaja yang diambil.
"Sebagai contoh, jika anda mahu minum kopi minum lah secawan sahaja jangan sampai tujuh cawan pula.
"Dari segi aktiviti atau senaman, saya pun tidak suka kalau ibu hamil ini memaksa badannya untuk membuat sesuatu.
"Anda tahu badan anda, jadi lakukan aktiviti yang tidak menyakitkan. Macam saya, saya sempat melakukan pilates untuk ibu hamil ketika trimester pertama.
"Pilates memang menyamankan, saya menggalakan untuk ibu hamil melakukan senaman ini," katanya lagi.
Lisa yang berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Yahaira Leanne,1.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ariani Sumbang RM30,000 Kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia

gempak
16/12/2023
07:46 MYT
Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun
Laman Utama

"Boleh Saya Ajar Anak-Anak Kepentingan Pengurusan Kewangan & Melindungi Planet Kita" - Lisa Surihani

gempak
13/04/2023
09:38 MYT
Lisa Surihani dan Alif Satar duta HLB
Laman Utama

Keayuan Lisa Surihani Terserlah, ARIANI Lancar Koleksi Raya Penuh Warna-Warni

gempak
16/03/2023
06:45 MYT
Cantiknya Lisa.
Laman Utama

Yusry Abdul Halim Cuba Untuk Tidak Biarkan Pelakon Bekerja Lebih 20 Jam

gempak
06/01/2023
02:50 MYT
Menurut Yusry, maksimum 12 jam bekerja sudah cukup memenatkan
Laman Utama

“Saya Tak Halang Lisa Untuk Berlakon, Asalkan…” - Yusry Abdul Halim

gempak
30/11/2022
07:50 MYT
Yusry benarkan isteri berlakon, tapi perlu ikut syarat Lisa