,
Berita

”Duit, Permainan Online, Snek...”- Mahu Anak Puasa Penuh, Ini Cara Fazley Yaakob Beri ‘Reward’

Syafiqah Jalal
27/04/2020
03:08 MYT
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob akan memastikan anak-anaknya berpuasa penuh setiap tahun.
Sebagai usaha untuk menggalakkan anak-anaknya berpuasa, Fazley menggunakan pendekatan berbeza kali ini.
Menurut Fazley, tahun ini dia memberikan pelbagai ganjaran berbeza kepada anaknya untuk memilih dalam ‘balang ajaib’ yang disediakan.
“Setiap kali bulan puasa saya akan pastikan anak-anak lelaki saya berpuasa penuh. Pelbagai cara saya usahakan agar mereka kekal bersemangat.
“Namun kali ini, tidak ada lagi bazar Ramadan untuk saya bawak anak-anak saya berjalan jalan. Tapi tak apa, puasa kali saya siapkan hadiah dan ‘reward’ yang berbeza.
”Saya dah buat balang ajaib untuk mereka, di mana di dalamnya ada 3 jenis hadiah: Duit tunai RM5, token untuk permainan online RM10 atau Snacks (kebiasaannya saya tak benarkan mereka makan apa-apa jajan terlalu kerap)
”Doakan mereka dapat berpuasa penuh ya?” katanya .
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video bagaimana dia membuat ‘balang ajaib’ itu dan gelagat anak-anaknya mendapat ganjaran tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendapat inspirasi dari cara didikkan Fazley.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar