,
Laman Utama

Dua Tahun Kena ‘Block’, Kangana Ranaut Sudah Boleh Guna Twitter

Maliah Surip
25/01/2023
15:45 MYT
Aktres Bollywood, Kangana Ranaut sudah boleh ‘bergembira’ selepas dirinya berpeluang menggunakan semula platform Twitter.
Kangana sebelum ini disekat menggunakan Twitter selama dua tahun atas alasan kerap mengancam dan mengulangi cuitan berbaur ‘bahaya’ serta keterlaluan ke atas isu politik.
Dia disekat pada Mei 2021 dan kembali secara rasmi ke Twitter pada 24 Januari 2023.
Lewat akses Twitter yang sudah tidak disekat, Kangana menyapa peminatnya buat pertama kali dengan: “Hello semua. Sangat baik untuk kembali semula.”
Cuitan itu mendapat respons positif bukan sahaja dalam kalangan peminat, tetapi juga rakan selebriti yang menyambut ‘kepulangan’ Kangana dalam dunia Twitter.
Bersama cuitan tersebut, Kangana juga tidak menunggu lama untuk mengumumkan aktiviti kerja terkininya.
Dalam cuitan lain, dia memberitahu baru selesai menjalani penggambaran projek terkini yang diterbitkan oleh Manikarnika Films berjudul Emergency.
“Dan ia selesai! Penggambaran filem Emergency selesai dengan sukses. Jumpa anda di sinema pada 20 Oktober 2023,” tulisnya.
Terdahulu Kangana meminta peminatnya memaklumkan kepada pemilik baharu Twitter iaitu Elon Musk untuk membuang sekatan yang dikenakan kepadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi

gempak
01/08/2024
05:55 MYT
Aktiviti penipuan secara atas talian bukanlah satu jenayah yang baru berlaku dalam negara ini.
Viral

#Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin Netizen Terhibur

gempak
21/05/2024
14:55 MYT
Kreativiti merupakan antara faktor yang paling penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Dalam satu hantaran di aplikasi X, satu jenama deodoran berjaya mencuit hati warganet apabila hashtag yang digunakan untuk setiap produk mempunyai elemen lawak berkaitan ketiak.
Laman Utama

“Umur 30, Ramai Yang Tak Fit” - Alif Satar Setuju PLKN Kembali Dilaksanakan

gempak
04/11/2023
11:55 MYT
Ada baiknya PLKN
Laman Utama

Ada Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi, Ekin Di Platform X - "Saya Dah..."

gempak
06/10/2023
09:50 MYT
Perbuatan tersebut dianggap melampau
Laman Utama

Bukan Lagi Twitter Tapi X, Selamat Tinggal Burung Biru

gempak
24/07/2023
09:49 MYT
Tiada lagi burung biru?