BERITA
Dua Penuntut Universiti Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam Tempoh 24 Jam
Dua penuntut sebuah universiti maut selepas disyaki terjatuh dari tempat tinggi dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh 24 jam di sebuah kondominium di Taman Melati di sini pada Rabu.
Difahamkan, kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 6.45 pagi, di mana seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui meninggal dunia di laluan belakang kondominium selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.
Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 8.30 malam, juga di kondominium sama membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun.
Berdasarkan maklumat orang awam, penuntut lelaki terbabit dipercayai jatuh dari tempat paling tinggi di kondominium itu yang mempunyai sebuah kafetaria.
Kedua-dua kejadian ini juga dilaporkan tidak mempunyai kaitan, namun berlaku pada hari sama dengan membabitkan pelajar universiti sama.
Sementara itu, Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video