,
Laman Utama

Dua Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2021 Diperkenalkan, Annuar Musa Cipta Lirik Lagu Keluarga Malaysia

Azwa Rahman
29/08/2021
23:23 MYT
Dua lagu baharu bertemakan semangat patriotik akan dipendengarkan kepada umum buat kali pertamanya pada Selasa ini dan salah satunya berjudul Keluarga Malaysia menampilkan lirik ciptaan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari, Masya Masyitah, Putra Muhammad dan Sufi Rashid itu adalah sebagai menyahut aspirasi dan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Keluarga Malaysia.
Lagu kedua adalah Menang Bersama merupakan hasil ciptaan Pengarah Muzik Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail yang dipersembahkan oleh Faizal Tahir.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, walaupun Perdana Menteri baru sahaja memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, mereka di KKMM telah menyambut konsep itu dengan mencipta dua lagu baharu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 itu turut berpuas hati dengan perjalanan raptai penuh yang dibuat.
“Kita berdoa semoga cuaca pada 31 Ogos menyebelahi kita sebab kita cuma ada empat persembahan sahaja dan ada acara tambahan di Dataran Pahlawan Negara bermula pada jam 8 pagi dan rakyat Malaysia boleh menonton dari rumah masing-masing bermula jam 7.30 pagi di saluran TV1 RTM.
Tambah beliau lagi, antara acara persembahan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan adalah persembahan drumline oleh Angkatan Tentera Malaysia, kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, pancaragam gabungan anggota uniform dan persembahan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.
Sekadar info, Annuar dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam pengumuman pembentukan kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lepas dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

PRU15: "Tak Perlu Sayang Potong Rambut, Nanti Kutu Yang Kenyang" - Kias Annuar Musa

gempak
20/11/2022
11:25 MYT
Tan Sri Annuar Musa memilih berkias mengenai perkembangan semasa landskap politik tanah air
Laman Utama

"Bukan Melobi, Bodek Atau Mengampu..." - DJ Fuzz, Waris Buat Lagu Untuk Keluarga Malaysia

gempak
17/11/2022
02:25 MYT
Ini Negara Kita, Keluarga Malaysia lagu ciptaan DJ Fuzz & Waris
Laman Utama

“Netizen Akan Menegur Kalau…” - Annuar Musa Komen Isu Artis Berkelakuan Kurang Senonoh, Berharap Penggiat Seni Berkarya Mengikut Kesesuaian

gempak
18/10/2022
21:55 MYT
Annuar Musa percaya ramai artis berdisiplin...
Laman Utama

1586 Pencalonan & 72 Kategori… Anugerah Seri Angkasa 2022 Kini Kembali Selepas 6 Tahun, Mahu Setaraf Dengan Cannes Film Festival

gempak
18/10/2022
07:30 MYT
Tak lama saja lagi ASA 2022 akan berlangsung.
Laman Utama

Isu Video Kontroversi Aliff Syukri, Tan Sri Annuar Musa Mohon Warga Seni Supaya…

gempak
01/05/2022
02:30 MYT
Jangan main isu perkauman, keagaaman dan institusi raja-raja