FILEM
Dua Hero, Dua Dunia Bergabung Menentang Kegelapan! Qodrat 2 vs Keluang Man Bakal Gegarkan Pawagam Malaysia
Bulan April dan Mei ini bakal menjadi detik bersejarah buat industri perfileman tempatan apabila dua filem blockbuster yang dinanti-nantikan iaitu Qodrat 2 dan Keluang Man, akan menemui penonton di pawagam seluruh negara.
Filem Qodrat 2, sekuel kepada filem seram Indonesia yang mencetuskan fenomena sebelum ini akan menggegarkan layar lebar pada 17 April.
Diarahkan oleh Charles Gozali, Ustaz Qodrat kembali dengan misi lebih mencabar kali ini, bukan sekadar melawan jin dan syaitan, tetapi juga kekuatan ghaib yang mengancam iman dan kesejahteraan umat.
Sementara itu, 29 Mei pula menjadi tarikh keramat buat kemunculan semula hero legenda tanah air, Keluang Man!
Setelah bertahun menjadi mitos dan nostalgia rakyat Malaysia, Keluang Man kini diberi nafas baharu dalam filem aksi penuh stail, menyaksikan hero bertopeng ini bangkit menentang kejahatan moden yang mengganas di tengah kota.
Dua hero. Dua dunia. Satu tujuan menentang kegelapan.
Dalam dunia Qodrat, kejahatan itu bersifat batin dan spiritual. Manakalah bagi dunia Keluang Man, kejahatan bersifat fizikal dan sistemik.
Gabungan dua watak ini seperti mengangkat konsep “iman dan keberanian” ke tahap aksi paling epik.
Menjengah ke media sosial, rata-rata peminat filem mula tidak sabar dengan dua filem wajib tonton ini.
Dengan hashtag #KeluangManxQodrat , ada juga peminat yang mencipta teori menggabungkan dua dunia ini malah ada yang berangan jika akan ada crossover satu hari nanti!
Must-Watch Video