,
Berita

Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut

Gempak
23/04/2024
03:03 MYT
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berlaku.
Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.
"Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Berita lanjut menyusul
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Bakal Duduki SPM Hujung Tahun, Atlet Perak Ini Tetap Cemerlang Dalam Sukan – “Saya Harap Dapat Keputusan Straight A”

gempak
20/08/2024
12:25 MYT
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang atlet daripada segi masa dan tenaga serta pembahagian waktu pembelajaran akademik selain sukan juga perlu diutamakan.
Berita

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

gempak
18/08/2024
07:25 MYT
Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Perak pada Sabtu lalu.
Berita

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

gempak
14/08/2024
09:25 MYT
Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.