,
Laman Utama

Dua Filem Aksi Blockbuster Nombor 1, Polis Evo 3 & Fast X Tiba Di Astro First!

Izwan Isa
04/08/2023
13:50 MYT
Filem box office dengan kutipan RM54 juta, Polis Evo 3 bakal ‘bergegar’ Di Pawagam Rumah Anda, Astro first bermula 10 Ogos depan.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus mereka yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
“Kami membawakan filem Polis Evo 3 ke Astro First untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menikmati filem aksi ini di pawagam dan juga buat mereka yang ingin menonton sekali lagi bersama insan tersayang secara beramai-ramai di rumah.
“Lebih menarik, Astro First bukan sahaja membawakan satu filem daripada francais blockbuster tahun ini, tetapi dua, iaitu Fast X! Sebelum ini, Astro First hanya membawakan filem-filem tempatan dan Asia dan kini Fast X menjadi filem Hollywood pertama yang ditayangkan di platform Astro First,” katanya sambil memberitahu yang filem Fast X sudah boleh dilanggan bermula 2 Ogos lalu.
Polis Evo 3 merupakan hasil arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Nora Danish dan Eyka Farhana.
Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Fast X pula membarisakan pelakon-pelakon terkenal seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Jordana Brewster, Ludacris, Sung Kang dan Joh Cena. Fast X (Fast 10) mengfokuskan watak Dom yang kini diburu oleh seseorang yang telah berdendam dengannya iaitu Dante. Dante ini merupakan anak kepada Hernan Reyes dimana dia telah dibunuh oleh Dom pada satu kejadian yang berlaku di Brazil akibat kemalangan dalam satu pertempuran di sebuah jambatan. Ekoran itu, Dante berdendam untuk membunuh Dom dan seluruh keluarganya.

Mengenai Polis Evo 3

- Mengetepikan filem Hollywood daripada francais besar antarabangsa, Fast X dengan mencipta rekod kutipan filem nombor 1 paling laris 2023 di Malaysia. - Selepas 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal di pawagam, Polis Evo 3 berjaya mengaut kutipan RM16 juta, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 meraih kutipan paling tinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, termasuk mengatasi filem Mat Kilau. Untuk rekod, Mat Kilau berjaya memungut RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan. - Melihat reaksi penonton, pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi watak antagonis bernama Reza, telah menarik perhatian ramai dengan lakonan mantap dan meninggalkan kesan. - Siri jelajah yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. - Polis Evo 3 membawakan tagline “Kita Lagi Kuat Boh”. - Polis Evo 3 diabadikan di mural gergasi di Jalan Kemuning, Dang Wangi.

Mengenai Fast X

- Filem Fast X telah menyumbang kepada francais Fast and Furious untuk melepasi $7 billion di seluruh dunia. - Anggaran bajet Fast X sebanyak $340 million, menjadi filem dengan bajet terbesar dalam francais Fast and Furious. - Menampilkan karakter antagonis, Dante Reyes lakonan Jason Momoa yang membawa watak seorang yang jahat, maskulin, lawak dan juga psychopath. - Anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow, juga membuat penampilan kameo dalam Fast X Filem Fast X dibintangi oleh 4 pemenang Oscar Awards; Rita Moreno, Charlize Theron, Helen Mirren and Brie Larson. - Fast X mempamerkan tagline “ The end of the road begins”.
Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 dan Fast X di Astro First dengan harga RM15 untuk 48 jam. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 dan Fast X di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro First atau Astro Gempak.
BACA: #PE3: Mantap Boh! Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi
BACA: Wow! Bakal Ditayangkan Di Astro First, Ini 9 Fakta Menarik Fasal Filem Fast X​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!