,
Laman Utama

Drama ‘Liar’ Semakin Mencabar… Pelajar Dikejarkan Ke Wad Kecemasan, Lara Pula Terpaksa Minta Bantuan Aiman?

Asyikin Mayudin
17/04/2023
09:50 MYT
Sudah memasuki episod ketiga, drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar semakin mencabar dan menyebabkan penonton tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.
Episod kali ini mengisahkan tentang pelajar Lara iaitu Sofia yang telah digegaskan ke wad kecemasan dan Lara terpaksa meminta bantuan Aiman.
Terdahulu, episod pertama sudah memberi gambaran mengenai jalan cerita yang menarik mengenai karakter Lara Sulaiman iaitu lakonan Tiz Zaqyah dan Aiman (lakonan Tony Eusoff).
Malah watak yang dipegang Ezzaty Abdullah iaitu kakak kepada Lara turut menjadi perhatian kerana karakternya di luar jangkaan.
Pada episod dua pula, pihak polis gagal melindungi Lara dan Fariz (lakonan Wan Raja) membantu Lara untuk mencari rahsia Aiman.
Namun, tiba-tiba muncul pula seorang lelaki dari masa lampau Lara untuk mempertahankan Aiman.
Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.
Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.
Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.
Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.
Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?
Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula pukul 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.
Manakala, Liar juga sudah mula ditayangkan di Astro Ria pada 3 April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Karma! Pemburu Maut Dihempap Gajah Yang Ditembak Rakan

gempak
19/10/2023
14:20 MYT
Kan dah kena
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.
Laman Utama

Astro Raih Lima Anugerah Di Anugerah ContentAsia 2023

gempak
24/08/2023
15:25 MYT
Wah tahniah!
Laman Utama

Liar Terima Sambutan Hebat Penonton, Finale Screening Party Berlangsung Meriah!

gempak
05/07/2023
09:58 MYT
Wah meriahnya Finale Screening Liar!
Laman Utama

Kes Rogol Di Malaysia Membimbangkan, Tony Eusoff Harap Lebih Banyak Karya Seperti Drama ‘Liar’ - “Saya Rasa Sudah Tiba Masanya…”

gempak
11/05/2023
12:55 MYT
Kena tonton drama Liar!