,
Laman Utama

Drama Inspirasi Anak Muda, Ini Sebab Kenapa Perlu Tonton Julia’s Secret Recipe

Syafiqah Jalal
06/06/2022
06:13 MYT
Tak banyak drama yang menampilkan kisah anak muda yang menjadi inspirasi kepada yang lain, tetapi dalam drama pendek Julia’s Secret Recipe ini ia sangat dekat dengan remaja kini.
Julia’s Secret Recipe ini telah mendapat sambutan sejak ia ditayangkan secara digital mulai 23 Mei lalu.
Mudah sahaja hanya melalui laman Youtube, web rasmi Gempak, Facebook dan Instagram anda boleh layan drama yang mempunyai 2 episod sahaja ini di mana-mana sahaja.
Kisah seorang gadis dalam menentukan hala tuju hidupnya melalui minat sebenarnya ini merupakan drama menarik untuk ditonton di kala santai.
Berikut merupakan tiga sebab mengapa anda perlu menonton Julia’s Secret Recipe.
1. Inspirasi Anak Muda
Julia’s Secret Recipe mengisahkan mengenai Julia yang merupakan seorang gadis yang mencari-cari hala tuju serta minat dalam dirinya untuk berjaya dalam pekerjaannya.
Julia pada mulanya seorang yang agak keliru dengan dirinya. Malah keputusan yang dilakukan termasuk berhenti kerja semuanya dilakukan atas pengaruh rakannya.
Bahkan pekerjaan barunya iaitu pembantu kedai bunga juga sesuatu yang dilakukan kerana sekadar hendak mencuba dan terikut-ikut. Akibatnya dia melakukan kesilapan besar dalam pekerjaannya.
Julia mempunyai teman lelaki bernama Ariel yang sering memberi semangat kepada dirinya. Di penghujung cerita, Julia akhirnya membuktikan kerana minat ‘naturally legit’ dalam dirinya dia akhirnya berjaya mengusahakan perniagaan kek cawan.
2. Pelakon Muda Berbakat
Nama pelakon Harissa yang membawakan watak utama sebagai Julia mungkin tidak familiar di dalam dunia lakonan namun bakatnya sangat besar.
Meskipun baharu dalam dunia ini, namun lakonan Harissa tidak menghampakan. Ekspresi wajahnya yang comel dari gembira kepada sedih itu Berjaya membuai emosi penonton.
Sementara itu, watak utama kedua iaitu Ariel yang dilakonkan Atiq Azman pula tidak perlu disangkal lagi. Meskipun muda, namun pengalamannya dalam dunia lakonan dan drama juga sudah luas. Tidak hairanlah lakonannya bersahaja dan wajah kacaknya memikat hati gadis yang menonton.
3. Mood Alam Semula Jadi
Apa yang menariknya, warna dan mood untuk drama ini sangat mendamaikan. Warna lembut dan pastel yang digunakan dari mula hingga akhir drama telah menenangkan mata penonton.
Malah mood pokok dan alam semula jadi yang banyak ditampilkan juga membuatkan penonton rasa segar dan tertarik untuk menonton. Lebih-lebih lagi Julia bekerja di kedai bunga!
Sesuai dengan temanya iaitu ‘naturally legit’!
Saksikan drama yang disegarkan oleh Herbal Essences itu di bawah ini:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.