,
Laman Utama

Dr Sheikh Muszaphar Jaga Anak Arwah Adik Macam Anak Sendiri, Bangga Lihat Anak Saudara Lanjut Pelajaran Ikut Bidang Diminati

Izwan Isa
14/08/2022
10:50 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik.
Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Sumber & foto: Keluarga
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dr Sheikh Muszaphar Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Ketujuh, Comelnya Bila Anak-Anak Pula Mahu Pilih Nama Untuk Adik

gempak
13/07/2023
02:32 MYT
Alhamdulillah, dapat anak ketujuh dah.
Laman Utama

"Maybe Next One..."- Bukan Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Beri Bayangan Mahu Isteri Hamil Lagi

gempak
13/01/2023
08:52 MYT
Dr Sheikh Muszaphar Sahkan Isterinya Tidak Hamil Kembar Seperti Yang Diharapkan
Laman Utama

[VIDEO] “Tak Mudah Hamil Usia 42 Tahun, Risiko Tinggi” - Dr Sheikh Muszaphar Harap Urusan Isteri Bersalin Dipermudahkan

gempak
29/12/2022
23:36 MYT
Semoga dipermudahkan semuanya.
Laman Utama

“Setiap Kali Dr Halina Hamil, Saya Akan Tambah Berat Badan, Gemuk Bersama” - Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar Support Isteri

gempak
09/12/2022
01:15 MYT
Best husband in the world.
Laman Utama

Netizen Kritik Keinginan Dr Sheikh Muszaphar Mahu Anak Ramai Tanpa Rasa Simpati Pada Isteri

gempak
22/03/2022
02:50 MYT
Ada yang kata Dr Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin