gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alif Muhaimin Tak Malu Hadiri Sesi Uji Bakat Terbuka - “Saya Tak Kisah, Kita Cuba Peluang Yang Ada”
HIBURAN
“Saya Takut Lelaki Baran…” - Amira Othman
VIRAL
Datin Shahida Kongsi Rahsia Bersalin Tanpa Jahitan - “Bila Saya Amalkan Dengan Izin Allah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dr Rushdi Masih Lagi Dalam Usaha Memujuk Nora Ariffin, Peguam: “Insya-Allah Ada Ruang Untuk…”

gempak
Khairil Khusyairi
04/06/2025
07:20 MYT
Sponsor Banner
Dr Rushdi Masih Lagi Dalam Usaha Memujuk Nora Ariffin, Peguam: “Insya-Allah Ada Ruang Untuk…”
Peguam yang mewakili suami Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli iaitu Azmi Mohd. Rais memaklumkan anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam untuk proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) kerana mempunyai urusan di luar negara.
Azmi turut memaklumkan Dr. Rushdi Ramli masih kekal dengan prinsipnya untuk terus mempertahankan rumah tangga dengan isteri, Nora Ariffin.
“Anak guam saya memohon maaf tidak hadir hari ini kerana dia terlibat dalam satu penyampaian kertas di seminar Syafie International Conference yang berlangsung di Brunei selama empat atau lima hari bermula semalam.
“Hari ini kami hanya ambil tarikh seterusnya bagi laporan JKP. Apa yang anak guam maklumkan, dia masih sayang kepada isteri.
“Insya-Allah ada ruang untuk berdamai. Tapi, itu Nora punya hak sama ada mahu teruskan atau tidak, tapi Rushdi masih lagi dalam usaha merujuk,” ujarnya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pagi tadii.
Mengulas prosiding hari ini, Azmi berkata, pihaknya sudah meminta untuk meminda tarikh lebih awal namun tidak mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah.
“Kami sudah mohon untuk bawa kes ini awal, tapi mahkamah tak benarkan. Hari ini, plaintif sudah melantik Rafeah Ariffin sebagai wakil JKP.
“Pihak kami juga sudah mengenal pasti wakil JKP Rushdi iaitu Syamsul Omar yang juga rakan keluarga. Kami akan menyusul selepas ini dengan mesyuarat JKP,” kongsinya.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 6 Ogos.
Terdahulu, Nora melantik kakak angkatnya, Rafeah Ariffin sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mewakilinya di mahkamah.
Untuk info, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Penyanyi
#Nora Ariffin
#cerai
#Mahkamah
#Dr Rushdi
#Memujuk
Must-Watch Video