,
Laman Utama

Dr. Malar Tegur Wanita Muslim Pakai Pottu & Bindi! - "Hati-Hati Tema Bollywood, Takut Jatuh Hukum ..."

Amri Hassan
31/10/2022
15:50 MYT
Doktor perubatan viral, Dr Malar Santhi Santherasegapan menegur segelintir wanita beragama Islam yang sering memilih pakaian bertemakan Bollywood untuk menghadiri acara tertentu.
Dr Malar terpanggil untuk menjelaskan tentang pemakaian dan perhiasan Bollywood agar tidak terkeliru antara komponen agama dan budaya.
"Saya tengok ramai yang berpakaian bertemakan Bollywood, banyak majlis bertemakan sama. Saya terpanggil untuk tegur sikit bila kalian mengenakan pakaian bertema Bollywood terutamanya wanita.
"Sebab pemakaian tema Bollywood ni ada dua komponen, pertamanya bangsa India keduanya, agama Hindu.
"Jadi kalau nak pakai tikka yang cantik di atas kepala, itu adalah budaya. Tak ada masalah. Kalau nak pakai sari atau lenga itu adalah budaya. You nak pakai rantai, gelang, cincin, subang hidung itu adalah budaya," ujarnya.
Bagaimanapun, Dr Malar meluahkan kebimbangan terhadap segelintir golongan wanita muslim yang memilih untuk memakai pottu dan bindi di kepala yang sebetulnya berkait rapat dengan elemen agama Hindu.
"Tapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam pakai pottu. Tak boleh ya, pottu ini adalah agama Hindu. Wanita berkahwin pakai warna merah, belum kahwin pakai warna hitam. Secara umumnya itu adalah kebiasaan.
"Ia telah dimodenkan dengan warna berbeza-beza. Sama macam tudung, ada yang dililit dan digayakan pelbagai cara.
"Sama juga bindi, ini juga agama. Ini bukan budaya. Jadi, jaga bila berpakaian Bollywood, takut jatuh apa-apa hukum.
"Saya tak pasti daripada segi agama Islam, kalian perlu semak dengan agamawan.
"Sebagai beragama Hindu yang berkawan dengan ramai orang Islam dan Melayu terutamanya, mereka sangat menjaga hukum murtad dan syirik, haram... Sangat penting bagi kalian.
"Jadi berhati-hati kalau mengenakan pakaian bertema Bollywood, jangan sampai tersasar. Ambil bangsa dan budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu. Ini cuma pesanan ikhlas daripada saya," tambahnya.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuatnaik di TikTok itu telah ditonton lebih 3.8 juta kali.
@drmalarss Hati-hati dengan pemakaian tema Bollywood ye kengkawan. Yang budaya atau bangsa takde masalah, yamg agama tuh, fikir elok², tanya lah yang alim ulama ? Maaf kalau ada salah silap ??#fyp #fypシ #celotehdrmalar #deepavali2022 ♬ original sound - Celoteh Dr Malar
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar