,
Viral

Donald Trump Ditembak Pemuda 20 Tahun, 3 Kes Serangan Ini Jadi Sejarah Dunia

Maliah Surip
15/07/2024
13:40 MYT
Dunia dikejutkan dengan cubaan membunuh terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu berkempen di Butler, Pennsylvania.
Trump yang mewakili parti Republik bagaimanapun bernasib baik kerana hanya cedera pada bahagian telinga.
Pelakunya pula mati setelah ditumpaskan oleh pihak Secret Service atau agen rahsia yang bertindak pantas selepas insiden berlaku.
Setelah diselidik, FBI mengeluarkan kenyataan berkaitan identiti pembunuh.
Pemuda yang mati dikenali sebagai Thomas Matthew Crooks. Berasal dari Pennsylvania, Crooks hanya berusia 20 tahun, lapor NBC.
Dalam insiden sama, seorang peserta kempen terbunuh manakala dua lagi cedera.
Ironi insiden penembakan sewaktu melakukan kempen atau percubaan bunuh terhadap tokoh ternama bukan pertama kali berlaku. Berikut antara kes berprofil tinggi yang telah menggegarkan dunia.

BERITA TRENDING: Trump Ditembak Ketika Kempen, Berdarah Di Telinga

John Lennon Ditembak Peminat

Salah satu sejarah paling menyayat hati dunia hiburan adalah tragedi kematian legenda muzik John Lennon dari The Beatles.
Lennon mati selepas gagal diselamatkan di hospital kerana tangan peminatnya sendiri pada 8 Disember 1980 sewaktu beliau berusia 40 tahun.
Pemilik nama sebenar John Winston Lennon ini ditembak mati dari jarak dekat oleh peminat bernama Mark David Chapman di hadapan pintu masuk apartmen kediamannya bersama isteri, Yoko Ono di New York.
Menurut Chapman yang membawa album Double Fantasy dengan tandatangan pada malam kejadian, dia membunuh pemuzik dan penyanyi The Beatles tersebut kerana sakit dengan ucapan yang pernah disampaikan Lennon.
Chapman mendakwa tidak boleh menerima ucapan Lennon yang pernah mengaku The Beatles lebih mashyur dari Jesus menyebabkan dia menembak idolanya itu.
Pembunuh itu juga mengaku mahu menjadi popular dengan aksi serta punya agenda untuk membunuh tokoh terkenal lain seperti Paul McCartney dan Elizabeth Taylor.

BERITA TRENDING: Selain Mantan PM & John Lennon, Ini Kes Tembak Mati Berprofil Tinggi

Faisal Halim Kena Simbah Asid

Seluruh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden serangan terhadap pemain Harimau Malaya dan pasukan Selangor FC, Faisal Halim pada 5 Mei 2024.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

Faisal telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Sempat ditempatkan di lokasi rahsia, Faisal akhirnya membuat kemunculan perdana selepas lebih satu bulan insiden buruk yang menimpa dirinya.
Pada majlis sidang media yang berlangsung, Faisal menunjukkan kesan kecederaan akibat disimbah asid selain membuat pengakuan hampir berputus asa untuk bermain bola.
“Saya katakan kepada keluarga saya, saya tidak kisah hilang gaji saya berpuluh ribu, saya hanya mahu pulang ke kampung untuk tenang.
"Saya sanggup bekerja dengan gaji RM100, RM50 sehari asalkan keluarga saya selamat, saya tidak perlu hidup dalam ketakutan,” katanya.
Namun beliau memperoleh semangat untuk kekal bermain bola atas sokongan semua pihak.
Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa termasuk belum menemui individu yang telah melakukan khianat terhadap Faisal.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak

BERITA TRENDING: Bapa Faisal Halim Mohon Doakan Anak -“Saya Harap Orang Yang Niat Buat Dekat Dia Dapat Hidayah”

BERITA TRENDING: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Mahatma Gandhi Maut 3 Das Tembakan

Tokoh terkenal India, Mahatma Gandhi juga menemui ajal dengan cara dibunuh.
Mahatma meninggal dunia pada 30 Januari 1948 dan kekal menjadi sejarah dunia lantaran dibunuh sewaktu berada dalam keramaian ketika mahu melakukan perjumpaan bersama penyokong multi agama di Delhi.
Nathuram Godse adalah individu yang bertanggungjawab membunuh Mahatma dengan cara melepaskan tiga das tembakan dari arah dekat.
Dia merupakan seorang ekstrimis Hindu dan pembunuhan juga berkaitan dengan ketidaksamaan pendapat serta konflik India dan Pakistan.
Terdapat beberapa versi tentang waktu kematian Mahatma dengan antaranya melaporkan beliau meninggal dunia 30 minit selepas ditembak.
Godse kemudian ditangkap bersama enam rakan subahat yang lain sebelum dirinya dijatuhi hukuman mati satu tahun selepas insiden.

BERITA TRENDING: Cermin Mata Mahatma Gandhi Dijual Dengan Harga RM1.4 Juta!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.