,
Terkini

DOLLA Bawa Nama Negara Ke China Menerusi Show It All - “Kami Berbesar Hati Mewakili Malaysia"

Izwan Isa
06/04/2024
03:55 MYT

Kumpulan pop popular, DOLLA kini mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian melibatkan pelbagai kumpulan vokal di China, Show It All.

Sungguhpun gementar, namun kumpulan yang dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby itu mengakui berbesar hati dalam mewakili Malaysia ke persada antarabangsa.

Besar hati

“Kami berasa besar hati mewakili Malaysia menerusi peluang ini.

“Sungguhpun berasa gementar, namun, kami akan melakukan yang terbaik dalam menonjolkan budaya kita serta karakter-karakternya menerusi muzik,” ujar DOLLA yang baru sahaja meluncurkan album perdana mereka, New Classic penghujung tahun lalu.
Dalam masa sama, label tempat DOLLA bernaung, Universal Music Malaysia turut memberi gambaran yang penglibatan kumpulan itu dalam pertandingan tersebut adalah sebagai titik mula untuk mereka mengembangkan karier di China, selain penerbitan single dalam bahasa Cina.

Lay Zhang

Ditayangkan di Mango TV, Show It All merupakan sebuah projek muzik republik itu dengan penyanyi tersohor antarabangsa, Lay Zhang.

Anggota kumpulan EXO itu bertindak sebagai penerbit rancangan Show It All dan turut bergelar juri bersama penyanyi rap Tanke (Liu Jiayu) dan bekas anggota kumpulan K-Pop Miss A, Meng Jia.
Dalam masa sama, DOLLA dilaporkan bakal bertukar pentas (exchange the stage) bersama enam pelatih wanita dari syarikat Lay, Chromosome Entertainment, serta kumpulan baharu dari seluruh dunia dalam satu siri persembahan pentas selama 100 hari.
Pelatih wanita dari Chromosome Entertainment akan menyelesaikan cabaran mingguan untuk mengumpul mata untuk penampilan sulung di pentas Ride the Wind 2024.
Untuk rekod, DOLLA debut pada Mac 2020 menerusi single Dolla Make You Wanna. Setelah empat tahun berkarier, DOLLA telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, antaranya Lagu Trending Tergempak 2022 dan Video Muzik Tergempak 2022 menerusi Gempak Most Wanted Awards 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Tak Selesa Gelaran Kumpulan Nombor Satu Tapi…” - Dolla

ARTIKEL BERKAITAN: Kos Ratusan Ribu Ringgit, Ini Fakta Menarik Tentang Album Sulung Dolla New Classic!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Unitar