,
Berita

Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero, Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid-19

ZULHILMI JALIL
26/11/2020
03:30 MYT
Seorang doktor kelahiran Malaysia, Dr. Dharminy Thurairatnam dianggap hero di Australia Selatan atas tindakan pantasnya mengesan seorang pesakit yang dirawatnya dijangkiti virus Covid-19 biarpun tidak menunjukkan simptom yang jelas.
Kebijaksanaannya itu secara tidak langsung berjaya mengekang berlakunya gelombang kedua penularan Covid-19 di Australia Selatan memandangkan wilayah tersebut sudah tidak merekodkan sebarang kes baharu lebih tujuh bulan lamanya.
Menurut Dr. Dharminy yang bertugas di Hospital Lyell McEwin, Adelaide, kejadian berlaku pada 13 November lalu ketika dia merawat seorang wanita warga emas yang mengalami masalah pernafasan.
"Saya percaya yang dia sedang mengalami sesuatu masalah, tetapi bukan Covid. Banyak perkara lain yang berpotensi menyebabkan dia berada dalam keadaan seperti itu (sukar bernafas)," katanya seperti yang dilaporkan portal news.com.au.
Bagaimanapun, wanita berkenaan kemudian batuk sebelum dia bertindak melakukan ujian pengesanan virus Covid-19.
Ternyata, keputusan ujian warga emas tersebut menunjukkan keputusan positif sebelum pelan tindakan kesihatan awam dilakukan termasuklah melakukan perintah berkurung di seluruh negeri .
Bahkan, lebih 4,000 kontak rapat termasuk lebih 100 individu di jabatan kecemasan hospital berkenaan diasingkan termasuk dirinya sendiri.
"Ia satu pengalaman yang menakutkan. Saya berasa takut kerana tidak tahu sama ada yang saya sendiri sudah dijangkiti.
"Bagaimanapun, apapun, kita perlu yakin dan sentiasa positif bahawa semuanya akan baik-baik sahaja," katanya yang perlu menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir minggu ini.
Begitupun, keputusan ujian Covid-19 yang dilalukan sebanyak dua kali, Dr. Dharminy disahkan negatif biaprun mengalami masalah sakit tekak dan selesema.
Tindakan pantas Dr. Dharminy menerima pujian daripada pelbagai pihak di Australia Selatan yang menyifatkan dirinya sebagai seorang doktor muda yang berjaya mengesan kes pertama jangkitan dalam komuniti.
Antaranya, Presiden Persatuan Perubatan Australia, Australia Selatan, Chris Moy yang turut menzahirkan pujian kepada Dr. Dharminy atas tindakan pantasnya dalam mengesan kehadiran virus berkenaan biarpun pesakit hadir dengan simptom yang tidak menjurus kepada jangkitan Covid-19.
Begitupun, Dr. Dharminy menyifatkan apa yang dilakukan itu hanyalah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai seorang pengamal perubatan.
Dr. Dharminy yang berhijrah ke Adelaide sejak penghujung tahun lalu demi menyambung kariernya dalam bidang perubatan sudah tidak bertemu suami dan dua anaknya, sejak Mac berikutan koronavirus.
Sebelum berkhidmat di hospital tersebut, Dr. Dharminy pernah bertugas sebagai doktor di Singapura.
"Saya kematian bapa ketika berumur empat tahun, hajat terakhirnya mahu saya menjadi doktor.
"Ibu yang besarkan saya dan memastikan saya memenuhi impian bapa saya. Jadi, di sinilah saya bekerja sebagai doktor dan gembira dengan apa yang saya lakukan," katanya.
Sumber: news.com.au
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Viral

Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...

gempak
01/10/2024
20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Unitar