,
Hiburan

Doalah Yang Terbaik Untuk Saleem, Itu Yang Keluarga Perlukan – Isteri

Fiza Kamarudin
07/07/2017
07:41 MYT
Isteri penyanyi Saleem, Julia Bachok kesal dan kecewa dengan khabar angin mengenai suaminya telah meninggal dunia pagi tadi.
Kata Julia, dia kesal dengan dakwaan tersebut kerana keadaan Saleem, 56, sudah semakin stabil walaupun masih lemah kerana kurang makan.
“Seharusnya mereka bertanya dahulu kepada saya kerana saya ada di samping Saleem sepanjang 24 jam dan tidak menyebarkan cerita yang tidak benar serta menabur fitnah mengenai kematian seseorang begitu sahaja.
“Telefon saya ini boleh dihubungi bila-bila masa sahaja dan tanyalah saya sendiri atau anak-anak. Jangan buat andaian yang membuatkan ahli keluarga bersedih.
“Berdoalah yang terbaik untuk kesihatan Saleem. Itu yang kami sekeluarga perlukan ketika ini, bukan bercerita yang tidak benar,” kata Julia ketika dihubungi oleh UTUSAN ONLINE.
Malah katanya, sebarang perkembangan Saleem sering dikemaskinikan menerusi Instagram milik penyanyi itu di aku_saleem atau ju_saleem.
Tambah Julia, sekiranya khabar angin yang buruk mengenai Saleem terus berleluasa, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
Saleem dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas demam panas berterusan selama seminggu.
Berita/Foto: UTUSAN ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.