,
Berita

“Doakan Untuk Baby, Sekarang Berada Dalam NICU”- Abby Abadi Selamat Lahirkan Baby Boy!

Syafiqah Jalal
27/09/2019
07:06 MYT
Pelakon Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Faizal Zakaria menerusi akaun Instagram.
Menurut Faizal, Abby kini dalam keadaan stabil, namun bayinya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
“Alhamdullilah Allah permudahkan segala-galanya. Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi... Baby boy.
“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil... BP (tekanan darah tinggi) pun dah turun.
“Doakan yang terbaik untuk baby… Sekarang berada dalam NICU.
“Mohon doa sahabat-sahabat semua untuk Abby & baby ya...” tulisnya di dalam kaspyen.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik swafoto bersama Abby.
BACA: “Kena Operate Untuk Selamatkan Nyawa Dua-Dua”- Abby Abadi Turun Darah, Norman Hakim Pohon Doa
Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Unitar