,
Berita

“Doakan Keadilan Untuk Arwah” - Adik Kepada Lelaki Maut Didakwa Diserang Anggota Polis Mahu Keadilan

Awani
05/02/2024
06:55 MYT
Seorang adik kepada mangsa yang meninggal dunia dan didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian lelaki tersebut.
Salwana Salleh dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat mengesahkan kematian abangnya, Mohd Hafiz Salleh.
Jenazah abangnya itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang semula ke Langkawi untuk urusan pengebumian.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi dan video kejadian kini telah tular.
“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah," katanya yang dipetik di media sosialnya.
Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan.
Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dirawat selama dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Dakwanya, kejadian itu berlaku semasa serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat pada 29 Januari lalu.

BERITA TRENDING: Adik Pendakwah Oki Setiana Dewi, Ria Ricis Fail Cerai, Mahu Hak Asuh Anak

"Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain serta terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.
"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah," tulisnya.

BERITA TRENDING: David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan masih belum dapat setakat ini.Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.