HIBURAN
“Doakan Agar Allah Pelihara Keluarga Kecil Kami” - Aisyah Hijannah Umum Hamil Anak Keempat
Ahli keluarga bakal bertambah, pempengaruh sensasi Aisyah Hijannah mendedahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak keempat.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok, Aisyah berkongsi video memaparkan reaksi suaminya, Alif Teega dan anak-anaknya ketika dia menunjukkan kit ujian kehamilan.
@xxibgnaga I got my ✨ Colette ✨ @farah<3 ♬ orijinal ses - caner
“Reaksi mereka untuk kehamilan keempat. Doakan agar Allah pelihara keluarga kecil kami,” tulisnya menerusi video tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rate netizen mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa gembira dengan berita tersebut.
“Tahniah Puan. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat semuanya.
“Rasa haritu baru je dia bersalin kan gais, Alhamdulillah kalau dah rezeki, kita tak boleh nak tolak tahniah!
“Tak perlu buat terkejut lah Alif,” komen beberapa netizen.
Sekadar info, Aisyah dan Alif Teega berkahwin pada 25 November 2017.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Difahamkan, rumah tangga pasangan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.
Must-Watch Video