,
Hiburan

DJ Lin Belum Sedia Jumpa Tyzo - "Kalau Nak Berurusan Biarlah Dengan..."

Amri Hassan
21/01/2024
01:55 MYT
Penyampai radio dan Pengurus Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin belum bersedia untuk bertemua empat mata dengan Tyzo Xander.

BERITA TRENDING: Tyzo Sedia Berdamai, Namun Meletakkan Kesalahan Pada Bahu…

Jelas DJ Lin, segala urusan berkaitan dengan bekas penyampai radio Suria FM itu hanya perlu melalui pengurusan tertinggi.
"Kalau dia nak berurusan pun biarlah Tyzo dan pihak pengurusan Suria FM saja, bukan dengan saya," katanya ringkas pada sidang media baru-baru ini.

PILIHAN PEMBACA: Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”

Sementara itu, ditanya mengenai tuduhan netizen yang mengatakan DJ Lin dengki dengan kejayaan Tyzo selepas menewaskannya dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 pada Julai tahun lalu, DJ Lin menafikan fitnah itu.
"Saya rasa dengki itu tidak ada. Dalam menentukan barisan nama bukan keputusan saya seorang. Segala keputusan dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi.
"Sebenarnya selepas berakhir anugerah itu saya mengarahkan staf saya untuk mempromosikan kejayaan Tyzo di media sosial kerana kami amat bangga dengan hasil kejayaan produk kelahiran Suria FM.
"Malah saya juga ada meminta kakitangan untuk menganjurkan majlis kejutan sempena kejayaannya dan buktinya masih ada di platform media sosial Suria FM.
"Selain itu, saya juga masih menyimpan ucapan kejayaan kepada Tyzo yang memenangi anugerah itu. Kalian boleh lihat, saya tak padam lagi," katanya.

BERITA TRENDING: "Tyzo Macam Adik Saya Sendiri" - DJ Lin

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.