gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Akhirnya Isteri Haqiem Rusli Bertemu Dengan Kak KM - “Kalau Cakap Adik-Beradik Pun Orang Percaya”
HIBURAN
Astro Lanjutkan Perkongsian Eksklusif Tiga Tahun Bersama beIN SPORTS
BERITA
Malaysia Tersenarai Top 5 Miliki Populasi ‘Transgender’ Tertinggi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dituduh Tumpang Nama Faizal Tahir, Ini Respons Anas Tahir - “Kadang-Kadang Bila Saya Mengaku…”

gempak
Asyikin Mayudin
10/12/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Tumpang Nama Faizal Tahir, Ini Respons Anas Tahir - “Kadang-Kadang Bila Saya Mengaku…”
Penyampai radio, Anas Tahir meluahkan rasa kesal dengan komen segelintir netizen yang menuduhnya menumpang populariti Faizal Tahir disebabkan mengakui penyanyi itu adalah abangnya.

Terhibur baca Wikipedia

Anas menerusi perkongsian video di TikTok berkata, dia juga berasa terhibur apabila membaca nama-nama adik-beradik mereka di Wikipedia yang tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: 11 Tahun Kahwin Belum Dikurniakan Zuriat, Anas Tahir Balas Soalan Tentang Anak Dengan Cerita Kisah Nabi

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir Dipilih Nyanyikan Lagu Tema M6 World Championship 2024 Berjudul Perjuangan Takkan Tamat

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

“Aah aku anak tunggal, aku tak ada abang, aku tak ada adik… aku tak ada abang nama Faizal Tahir. Oh dulu kalau masa aku cakap macam ini, aku cakap aku anak tunggal, orang kata aku lupa diri kan.
“Bila aku dah mengaku aku adik Faizal Tahir, orang kata aku menumpang nama abang aku pula. Tengok juga komen-komen dekat video itu. Baca komen, ada yang tanya ‘dia ni adik Faizal Tahir ke?’.

“Menumpang abang la… okay saya beritahu, saya ada taip dekat Wikipedia nama Faizal Tahir, lepas itu keluar nama adik-beradik Faizal Tahir, saya sendiri tergelak baca.

“Sebab tak ada dalam sejarah kami ada adik-beradik nama Fad, Aini Badriah, Fazira Tahir,” kongsinya.
Berkongsi lebih lanjut, Anas memberitahu dia dan Faizal Tahir hanya mempunyai tujuh beradik termasuk mereka.

Rimas terima soalan tak best

Dalam pada itu, Anas berkata dia pernah mengaku dirinya anak tunggal sebab tidak mahu menerima sebarang persoalan yang tidak enak mengenai abangnya.

“Dulu masa saya mengaku anak tunggal bukan apa, sebab kadang-kadang bila saya mengaku saya adik Faizal Tahir, orang tanya saya soalan-soalan yang saya tak suka dengar.

“Contoh ‘Faizal dah bercerai’. Itu abang saya itu, saya tak suka orang tanya soalan itu. Ataupun masa Faizal menang apa-apa kan, ‘Faizal duit yang dia menang itu buat apa?’.
“Kau nak sibuk buat apa, aku sendiri tak pernah tanya duit dia nak buat apa,” katanya lagi.
@aanastahirr Tak ngaku salah.. Ngaku salah. Tapi aku betul2 minta maaf pasal video jumaat lepas tu. Minta maaf k. Sayang semua.. #sayangsemua ♬ original sound - Anas Tahir
Topic Berkaitan
#Faizal Tahir
#Netizen
#Anas Tahir
#Adik beradik Faizal Tahir
#Tumpang nama
Must-Watch Video